Usahawan PI1M Kg. Lubok Temiang (Encik Ismail Bin Lamat)

13 December 2016 | Berita Terkini

Encik Ismail Bin Lamat lahir pada 16 april 1967 dan menetap di kampung Ganggarak sejak kecil. Beliau mula menceburi bidang perniagaan sejak kecil iaitu dengan mengikuti jejak langkah ayah beliau. Beliau membesar dengan mengikuti ayah beliau melakukan perniagaan kedai runcit.Oleh yang demikian, sedikit sebanyak beliau mendapat ilmu dan juga selok belok perniagaan. Selepas pemergian ayah beliau, encik ismail meneruskan perniagaan yang telah dilakukan oleh ayah beliau dan fokus untuk terus memajukan lagi perniagaan tersebut. Selain daripada perniagaan kedai runcit, encik Ismail juga turut menawarkan perkhidmatan sewa bas dan juga lori. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 013-8608132.