Gotong-royong pembersihan PI1M

22 December 2016 | Berita Terkini

PI1M Lubok Temiang telah mengadakan aktiviti bersama dengan komuniti iaitu pada 17.12.2016 bersamaan dengan hari sabtu yang lalu. Aktiviti yang diadakan ialah program gotong-royong pembersihan PI1M Lubok Temiang. Aktiviti ini merupakan antara program bulanan yang dilakukan oleh PI1M Lubok Temiang bersama-sama dengan komuniti setempat. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara PI1M dan juga komuniti. Aktiviti pada hari tersebut bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang. Majoriti mereka yang hadir pada hari tersebut merupakan golongan pelajar sekolah yang hadir bagi bersama-sama menjayakan aktiviti yang dilakukan. Aktiviti ini dilihat dapat mengisi masa lapang mereka ketika cuti sekolah. Selain itu, ianya juga dapat memupuk semangat dalam diri mereka agar senantiasa menjaga kebersihan tidak kira dalaman ataupun luaran.