Mengenai PI1M

       Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) kg Lubok Temiang adalah pusat internet pertama yang dibina di wilayah persekutuan Labuan. Pi1M Kg Lubok Temiang telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2013 dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 09 Jun 2014. Pi1M merupakan satu insisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah projek inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang di uruskan oleh pihak NuSuara Technologies Sdn Bhd di bawah naungan Celcom.

      Pusat internet 1Malaysia ditubuhkan berasaskan beberapa objektif utama iaitu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet disamping merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Selain itu, Pi1m juga ditubuhkan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan serta aktiviti yang dijalankan di PI1M.

 

      Pelbagai kemudahan yang telah disediakan di Pi1M. Antaranya ialah kemudahan penggunaan komputer, kemudahan pendaftaran Internet (Wi-fi), kemudahan mencetak, mengimbas dan menyalin (Print, Scan & Copy), kemudahan jualan kad pra bayar celcom, sim kad, dan sebagainya. Paling istimewa, terdapat juga KELAS ICT PERCUMA kepada ahli yang berdaftar di Pi1M. Di samping itu, pihak Pi1M juga sering mengadakan pelbagai aktiviti kepada komuniti khususnya ahli Pi1M bagi merapatkan lagi hubungan sesama komuniti dan bagi mencapai okjektif penubuhan Pi1M.


Maklumat Komuniti Kg.Lubok Temiang

            Lubok Temiang merupakan salah satu daripada 29 kampung yang terdapat di wilayah persekutuan Labuan. Jumlah penduduk di kampung Lubuk Temiang dianggarkan seramai 1600 dan majoritinya adalah muslim. Kampung Lubuk Temiang terkenal dengan gerai  menjual ikan segar. Ini kerana, sumber ekonomi utama bagi masyarakat di sini adalah melalui aktiviti penangkapan ikan. Kebanyakan daripada penduduk di Lubok Temiang terlibat dengan aktiviti perikanan iaitu bekerja sebagai nelayan.


Lokasi

Zon Samja, Kg Lubok Temiang,

UST Area

Lubuk Temiang

Daerah

Lubuk Temiang

Negeri

Wilayah Persekutuan Labuan

Populasi

1600

Aktiviti Ekonomi Utama

Perikanan (Nelayan), Perniagaan Kecil-kecilan

Jumlah Keahlian

(setakat 11 Oktober 2015)

172 orang (84 lelaki, 88 perempuan)

Lat/Long PI1M

5.365, 115.233

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

10 Jun 2014

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Asniah Binti Dahrir

Email: Asniah@celcom1cbc.com

No Telefon: 017-8901703

 

Penolong Pengurus

Nama: Fadly Bin Mahat

Email: Fadly@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-5534336

Website

http://www.celcom1cbc.com/lubok-temiang