Ekonomi dan Keusahawanan

Mengenai ekonomi dan keusahawanan penduduk di Kampung Lubok Temiang, Labuan. Penduduk di sini menjalankan perniagaan sendiri seperti Perniagaan runcit, Gerai Makan, Pengusaha Makanan Tradisional, Nelayan, Membuka Gerai Ikan dan Berkebun sayur.

 

Perniagaan Kedai Runcit

Penduduk kampung Lubok Temiang juga menjalankan perniagaan kedai runcit di sekitar kampung ini. Ianya bertujuan untuk membantu penduduk kampung membeli keperluan asas mereka di kedai ini. Malahan bukan setakat orang kampung Lubok Temiang sahaja, tetapi juga penduduk kampung lain yang berdekatan.

 

Gerai Makan

Penduduk di Lubok Temiang ini juga tidak ketinggalan untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka Gerai Makan sendiri. Gerai Makan ini mendapat perhatian ramai kerana makanan laut yang di sajikan segar dan berkualiti . Selai itu masakannya juga sedap dan murah. Ianya memikat hati pengunjung yang dating ke sini. Perniagaan ini menjadi punca rezeki mereka.

 

Pengusaha Makanan Tradisional

Pengusaha makanantradisional juga menjadi minat sesetengah penduduk di sini. Selain ianya mudah untuk di usahakan kerana mereka berniaga melalui kediaman mereka sahaja. Sekiranya ada orang yang ingin menempah baru pengusaha ini membuatnya. Antara makanan yang diusahakan oleh mereka seperti Kuih bahulu, kuih jala, kuih kering dan juga kerepek-kerepek ubi, pisang dan sebagainya.

 

Nelayan

Nelayan juaga adalah salah satu pekerjaan penduduk Lubok Temiang ini. Seperti yang telah diketahui bahawa Labuan adalah sebuah pulau dan Kampung Lubok Temiang juga berdekat dengan laut. Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya ada diantara penduduk di kampung ini lebih suka menjalankan aktiviti sebagai nelayan daripada bersesak-sesak di jalan raya setiap hari. Ini menjadi sumber pendapatan keluarga mereka.

 

 

Pengusaha Gerai Ikan

Ada  di antara penduduk Lubok Temiang ini lebih suka menjalankan pekerjaan menjual ikan. Ikan yang mereka perolehi daripada hasil tangkapan nelayan akan di jaul di Gerai masing-masing. Mereka mendapat harga yang murah sekiranya terus memborong ikan melalui nelayan. Dan pekerjaan yang santai ini lebih digemari oleh mereka. 

 

 

Bekebun / Pertanian

 Masyarakat di Lubok Temiang  ini juga kebanyakkannya lebih suka berdikari sendiri. Menjalankan perniagaan kecil-kecilan melalui rumah. Antara pekerjaan yang mereka gemari adalah berkebun. Aktiviti ini hanya perlu dijalankan di kawasan rumah mereka sahaja. Hasi daripada tanaman akan di jual di kedai-kedai runcit atau ke pasar besar Labuan. Mengikut permintaan ramai dan lihat pada hasil yang di perolehi ketika itu.





© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.