Maklumat Tempatan

Kampung Lubok Temiang dan Tanjung Kubong merupakan kampung yang mempunyai peninggalan sejarah yang unik ianya terletak di Bahagaian Utara Pulau Labuan dengan mempunyai keluasan 488.475 hekter (1207.048 ekar) bersamaan ukur keliling 13,922.49 Meter Persegi. Mempunyai kepadatan penduduk seramai 1600 orang. Pada tahun 1847 arang batu telah ditemui dan dilombong dikawasan ini.Menurut catatan sejarah lombong ini berusia 64 tahun sebelum ianya ditutup pada 1911.

Disamping itu juga terdapat serombong atau CHIMNEY yang menjadi tanda mercu kampung ini sehingga sekarang.Peninggalan sejarah yang lain juga turut ditemui dikawasan ini seperti beberapa terowong arang batu dan terowong kereta api pengangkutan arang batu dari lombong di Buit Kubong ke pelabuhan (pekan sekarang ini). Majoriti penduduk kampung ini berbangsa melayu dan beragama islam yang menjadi tunjang kekuatan perpaduan di Kampung Lubok Temiang dan Tanjung Kubong.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.