Pelancongan & Rekreasi

Tempat Menarik

Terdapat beberapa tempat menarik yang berdekatan dengan Pi1M Lubok Temiang antaranya:


1. Anjung ikan bakar

Anjung ikan bakar,Kg Lubok Temiang,WP Labuan. Tel:013-8608952

Anjung ikan bakar merupakan antara tempat menarik yang mesti dikunjungi sekiranya anda melancong ke wilayah persekutuan Labuan. Anjung ikan bakar menawarkan pelbagai menu masakan melayu berasaskan makanan laut yang segar dan harga yang berpatutan. Selain itu, di sini juga menawarkan aktiviti berbeku (bbq) bagi para pengunjung yang gemar menikmati makanan laut. Lokasi yang strategik adalah antara faktor tarikan utama pengunjung untuk datang ke sini kerana ianya terletak di persisir pantai. waktu beroperasi bermula pada jam 5 petang hingga 12 malam.


2. Gerai ikan segar (Bubu emas enterprise)


Bubu emas enterprise. Tel: 017-8342100 , 019-8121424

Gerai ikan segar  milik bubu emas enterprise adalah salah satu daripada 3 gerai menjual ikan segar yang terdapat di kg Lubok Temiang. Gerai ikan segar “ikan bubu” ini menjual pelbagai jenis ikan-ikan segar. Gerai ini dibuka setiap hari selasa,khamis, dan sabtu iaitu seawal jam 12 tengahari hingga ke petang. Harga yang berpatutan dan kesegaran ikan yang dijamin akan menarik lebih ramai pembeli untuk datang ke sini. Di samping itu, lokasi gerai yang terletak hampir dengan jalan utama juga menjadi faktor orang ramai berkunjung ke sini.


3. Pantai lubuk temiang


Pantai Lubok temiang merupakan salah sebuah tempat popular bagi mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga terutamanya di hujung minggu. Pantai yang bersih dan indah ini sering kali dijadikan pusat aktiviti keluarga seperti bbq dan sukaneka. Selain itu, ramai pengunjung yang datang ke sini untuk melihat matahari terbenam kerana permandangan yang cantik di waktu senja. Pengunjung juga boleh berkunjung ke restoran yang berhampiran dengan pantai untuk suasana yang lebih tenang dan romantis terutamanya bagi para pengunjung yang berkunjung ke sana pada waktu matahari terbenam.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.