Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) kg Lubok Temiang adalah satu-satunya pusat internet di pulau Labuan dan Pi1M perintis d wilayah persekutuan Labuan. Pi1M Kg Lubok Temiang telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2013 dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 09 Jun 2014. Pi1M merupakan satu insisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah projek inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang di uruskan oleh pihak NuSuara Technologies Sdn Bhd di bawah naungan Celcom.

Pusat internt 1Malaysia ditubuhkan berasaskan beberapa objektif utama iaitu untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknoligi komputer dan internet disamping merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Selain itu, Pi1m juga ditubuhkan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan serta aktiviti yang dijalankan di PI1M.

 

Pelbagai kemudahan yang telah disediakan di Pi1M. Antaranya ialah kemudahan penggunaan komputer, kemudahan pendaftaran Internet (Wi-fi), kemudahan mencetak, mengimbas dan menyalin (Print, Scan & Copy), kemudahan jualan kad pra bayar celcom, sim kad, dan sebagainya. Paling istimewa, terdapat juga KELAS ICT PERCUMA kepada ahli yang berdaftar di Pi1M. Di samping itu, pihak Pi1M juga sering mengadakan pelbagai aktiviti kepada komuniti khususnya ahli Pi1M bagi merapatkan lagi hubungan sesama komuniti dan bagi mencapai okjektif penubuhan Pi1M.

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan