Profil Usahawan - Puan Dg Adi binti Matali

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

 

NAMA USAHAWAN

DG ADI BINTI MATALI

UMUR

59 TAHUN

JENIS PERNIAGAAN/PRODUK

MENGHASILKAN BEG DAN BAKUL KRAFTANGAN

LOKASI

KG LUBOK WESTON

NO.TELEFON

012-8419691

 

                PUAN DG ADI BINTI MATALI merupakan seorang pembuat bakul dan beg kraftangan di Kampung Lubok Weston. Beliau telah mengusahakan produk ini sudah hampir dua tahun. Sejak akhir-akhir ini, produk kraftangan semakin mendapat sambutan dalam kalangan wanita tempatan kerana hasil tangannya yang bermutu dan kemas disamping harga yang berpatutan. Selain daripada itu, kelebihan Puan Dg Adi ialah beliau mengutamakan permintaan pelanggan yang mahukan warna yang berlainan.

                Harga beg atau bakul yang dijual oleh Puan Dg Adi ini hanya  berharga sekitar RM20 hingga RM45 bergantung kepada saiz dan rekabentuk beg yang dikehendaki pelanggan. Bekalan bahan dan peralatan membuat bakul ini biasanya dibeli secara pukal di Lawas bergantung kepada permintaan pelanggan. Sebarang tempahan boleh hubungi beliau di No telefon yang tertera.

 

Puan DG Adi Binti Matali menunjukkan produk hasil kraftanggannya yang menunggu untuk disiapkan

Gambar menunjukkan antara bahan dan peralatan yang digunakan oleh Pun DG Adi untuk menghasilkan beg dan kraftangan

 

 

Gambar produk dan kraftangan yang suda siap dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan