Profil Usahawan - Puan Dg Kayah Binti Hj.Daud

27 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

 

NAMA

DG. KAYAH BINTI HJ. DAUD

JENIS PERNIAGAAN

MENJUAL IKAN KERING

MASA OPERASI

SETIAP HARI

LOKASI PERNIAGAAN

KG LUBOK WESTON

NO TELEFON

012 - 8039296

 

Puan Dg Kayah binti Hji Daud

 

Puan Dg Kayah berumur 61 tahun merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Bagi memenuhi masa lapang, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan secara sambilan dalam kuantiti yang sedikit, namun demikian. Hari demi hari perniagaan ikan kering beliau semakin mendapat sambutan di kalangan penduduk kampung.

Ikan Kering yang biasa digunakan oleh Puan Dg. Kayah ialah ikan Belanak atau lebih dikenali lagi sebagai ikan kembura oleh penduduk tempatan sama ada isinya dibelah ataupun tidak. Kebiasannya, beliau akan membeli bekalan ikan daripada nelayan dalam kuantiti 10 hingga 20 kilogram untuk diproses menjadi ikan kering. Ikan kering yang dijual oleh Puan Dg Kayah biasanya dijual dengan harga rm2.30 sebungkus (12 ekor). Selain dijual secara secara runcit, ianya juga dijual secara borong. Sebarang tempahan boleh hubungi beliau di No telefon yang tertera.

 

P_20161009_195145

Ikan kering yang sudah siap dibungkus dan sedia untuk dijual