Profil Usahawan - Puan Dayang Suhana Binti Kassim

27 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

 

 

NAMA USAHAWAN

DAYANG SUHANA BINTI KASSIM

 

JENIS PERNIAGAAN

MEMBUAT DAN MENJUAL KUIH CINCIN

 

MASA OPERASI

SETIAP HARI

 

NO.TELEFON

014-9510817

 

 

                Puan Dayang Suhana Binti Kassim merupakan seorang pengusaha dan penjual kuih cincin. Beliau mengusahakannya bersama dengan keluarga suami secara kecil-kecilan. Bermula September 2016, beliau mula mengusahakannya secara serius. Kini, kuih cincin beliau semakin mendapat sambutan dalam kalangan penduduk Kampung Lubok dan sekitar Sipitang terutamanya ketika musim perayaan ataupun majlis kenduri kahwin. Biasanya, kuih cincin ini dijual dengan harga RM3.00, RM5.00 dan RM10.00 sebungkus bergantung dengan permintaan pelanggan. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi nombor yang tertera di atas.

Puan Dayang Suhana sedang menyusun kuih cincin yang sudah siap dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan

 

Kuih cincin yang sedia untuk digoreng

Puan Dayang Suhana sedang menggoreng kuih cincin

Proses menggoreng kuih cincin

 

Kuih cincin yang sudah siap digoreng dan disejukkan

Kuih cincin yang sudah siap dibungkus