Program Sambutan Maulidur Rasul Bersama Komuniti

28 December 2016 | Berita Terkini

 

 

 

PROGRAM

 

 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Bersama Komuniti

 

TARIKH

 

22 Disember 2016 (Khamis)

 

MASA

 

7.00 am – 12.00 pm / 7.30 pm – 10.30 pm

 

TEMPAT

 

Kg Pekan Weston dan Masjid Pekan Weston

 

Pada 22 disember 2016, Kg Pekan Weston telah menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti dengan jemputan bersama komuniti Kg Lubok Weston dan program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Hj Kamarlin bin Hj Ombi. Program ini diwujudkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara komuniti Kg Weston dan juga Kg Lubok Weston. Pi1M Pekan Weston dan juga Pi1M Kg. Lubok Weston telah mengambil bahagian untuk membantu menjalankan program ini secara tidak langsung mempromosikan Pi1M kepada masyarakat setempat.

Program ini permula pada jam 8 pagi dan aturcara program pada siang hari telah dirakam sepenuhnya oleh pihak RTM , selepas selesai sahaja majlis perasmian, acara pertandingan sepanduk dijalankan antara penduduk kampung yang terlibat. Penduduk setempat dan peserta kemudiannya berarak mengelilingi kampung bermula daripada tapak masjid menuju ke Kampung Logpond, seterusnya ke Kg Hulu, Kg Menengah, Kg Laut, Kg Darat dan kembali ke Majid Nurul Iman Kg Weston. Selepas perarakan selesai, program diteruskan lagi dengan pertandingan Azan, bacaan ayat – ayat lazim dan bercerita dan program sesi siang berakhir pada jam 12 tengah hari.

Pada malam hari pula program disambung kembali bermula dengan pertandingan tanglung tradisional dimana peserta – peserta mempamerkan kreativiti mereka dalam membuat tanglung yang berbentuk Masjid dan lain – lain. Program pada sesi malam diserikan lagi oleh kehadiran Yang Berbahagia Datuk Hj Sapawi bin Hj Ahmad untuk memeriahkan lagi majlis yang berlangsung. Selepas itu, program diteruskan lagi dengan pertandingan bercerita peringkat akhir dan majlis penyampaian hadiah kepada peserta – peserta pertandingan yang diacarakan oleh pihak penganjur.

 

Kedatangan Yang Berhormat Datuk Hj Kamarlin Hj Ombi disambut dengan mesra oleh penduduk setempat

 

 

Yang Berhormat Dato Hj Kamarlin Hj Ombi bersama peserta sepanduk belia Kg Weston

 

 

Yang Berhormat Dato Hj Kamarlin Hj Ombi bersama peserta sepanduk Umi Ceria Muslimah

 

 

Penduduk setempat dan peserta sedang berarak mengelilingi Kampung

 

 

Gambar ketika majlis sedang berlangsung

 

 

Peserta – peserta Hafazan, bacaan tajwid sedang bertanding

 

 

YB Datuk Kamarlin bergambar bersama komuniti serta Wakil Pusat Internet 1 Malaysia Kg Weston dan Kg Lubok Weston

 

 

Gambar tanglung kreativiti antara peserta pertandingan tanglung (sesi malam)

 

 

YB Datuk Hj Sapawi Bin Hj Ahmad sedang meniliti tanglung peserta untuk dinilai

 

 

Gambar ketika pertandingan tanglung sedang berlangsung

 

 

Persembahan bercerita daripada peserta pertandingan

 

 

YB Datuk Hj Sapawi bin Hj Ahmad memberikan sumbangan kepada Masjid Nurul Iman

 

 

YB Datuk Hj Sapawi menyampaikan ucapan dan sumbangan pada penduduk setempat

 

 

Pemenang – pemenang pertandingan hafazan dan bacaan tajwid