Program Bersama Komuniti - Pertandingan Bola Sepak Jemputan 9 Sebelah Kg Lubok Weston

28 December 2016 | Berita Terkini

 

 

PROGRAM

 

 

Pertandingan Bola Sepak Jemputan 9 Sebelah

 

TARIKH

 

25 – 26 Disember 2016 (Ahad - Isnin)

 

MASA

 

8.00 am – 5.00 pm / 8.00 am – 12.00 am

 

TEMPAT

 

Padang Sekolah Rendah Kebangsaan Lubok Weston

 

Pada 25 hb disember 2016, Satu pertandingan bola sepak jemputan 9 sebelah telah diadakan bertempat di Kg Lubok Weston anjuran KRT Kg Lubok. Pertandingan tersebut berlangsung selama dua hari dan telah disertai oleh 10 pasukan yang berbeza. Objektif pertandingan bola sepak ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mengalakkan golongan belia dan remaja penduduk setempat agar aktif dalam bidang sukan disamping mengeratkan hubungan komuniti antara penduduk setempat. Pi1M Kg Lubok Weston dan Pi1M Pekan Weston telah mengambil bahagian dalam anjuran ini dengan tujuan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk tempatan. Antara pasukan – pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini adalah Kansas A, Kansas B, Senior KL, CPFC, Pelakat FC, Lubok Junior, Ombak FC, A.C.C.A, Lingkungan Junior, dan Ranjat FC. Program diserikan dengan kehadiran Pengerusi KRT Kg Lubok Weston (En. Hasanal bin Hj Hasan), JKKK Kg Lubok Weston (En.Idris bin Hji Durahman) dan JKKK Kg Pelakat, Sipitang (En.Muhammad Zaidi Bin Jawawi).

 

Jadual perlawanan pertandingan

 

 

Petugas urus setia pertandingan

 

 

Peserta – peserta yang terlibat menunggu giliran untuk bertanding

 

 Gambar ketika pertandingan sedang berlangsung

 

 

Pasukan yang bertemu diperingkat Akhir (Biru = Senior KL / Kuning = Pelakat FC)

 

 

Pengerusi KRT KG Lubok Weston (En.Hasanal bin Hj Hasan) menyampaikan hadiah saguhati kepada pemain

Atas kiri: Wakil pemain harapan (Muhamad Juni Ihsan Bin Anuar / Ombak FC)

Atas kanan : Pemain Terbaik (Radiman / Pelakat FC)

Bawah kiri : Penjaga Gol Terbaik ( Jashaniezam / Pelakat FC)

Bawah Kanan: Penjaring Terpantas (Mohd Saddam bin Hj Abd Rahim)

 

 

JKKK Kg Lubok Weston (En. Idris bin Hj Durahman) menyampaikan hadiah pertandingan kepada Johan pasukan Pelakat FC (Atas kiri) dan Naib Johan pasukan Senior KL (atas kanan)

 Manakala JKKK Kg Pelakat, Sipitang menyampaikan hadiah pertandingan kepada tempat ketiga pasukan Kansas FT (bawah kiri) dan tempat keempat pasukan A.C.C.A (bawah kanan)

 

 

Gambar Kakitangan Pi1M Kg Lubok Weston dan Pi1M Pekan Weston bersama pihak penganjur, Pengerusi KRT serta pengerusi JKKK Kg Lubok Weston dan Kg Pelakat Sipitang