Mengenai PI1M


Pusat Internet 1Malaysia Kg. Lubok, Weston


 Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama Nusuara Technologies Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

              

         Objektif penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad . Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.


Perkhidmatan lain yang disediakan:

*Menaip

*Kelas Komputer/ICT (Percuma Untuk Ahli)

*Pra-Bayar Celcom

*Jualan Aksesori Komputer

*Alat Tulis & Kertas

*Sewa Bilik Mesyuarat 


Maklumat Komuniti 


Kampung Lubok Weston merupakan salah sebuah perkampungan terpencil yang terletak di daerah Beaufort Sabah. Kampung Lubok Weston  mempunyai banyak  perubahan sehingga hari ini yang meliputi dari segi arus pembangunan,pertanian mahupun pendidikan. Namun, di sebalik perubahan yang berlaku ini, terdapat sejarah awal yang merupakan pendorong kepada kewujudan Kampung Lubok Weston dan hal ini  seharusnya patut diketahui oleh masyarakat pada masa sekarang.Lokasi Kampung Lubok Weston terletak Kira-kira dari pekan Beaufort 20 km yang didiami oleh kaum Brunei sabah.Kampung Lubok weston bentuk geografi seakan sebuah Lubok.Dahulu dikenali sebagai pantai manis dan kini Kampung Lubok menjadi nama tetap perkampungan tersebut.Kampung lubok weston terletak 7 KM dari Pekan Weston yang turut mempunyai purata jumlah penduduk seramai 800 orang.


Sejarah asal usul pemilihan nama Kampung Lubok adalah bermula pada tahun 1930 an apabila diterokai oleh perkampungan tersebut dikenali sebagai Teripin dan Sabtu yang merupakan orang bangsawan berketurunan Brunei . Menurut sumber, bentuk geografi perkampungan tersebut yang berlekuk atau digelar kawasan melubok oleh masyarakat tempatan di samping kawasannya yang terletak di hujung dan tersorok menghala ke kawasan laut menjadikan kawasan tersebut di beri nama Kampung Pantai Manis Lubok ekoran di kawasan hujung kampung tersebut turut mempunyai kawasan pantai yang cantik dan menjadi lubuk atau tumpuan udang galah. Namun, kini kawasan tersebut dijadikan sebagai pangkalan atau jeti pemunggahan hasil nelayan yang juga merupakan kawasan tumpuan para kaki pancing dan sumber ekonomi penduduk tempatan Kampung Lubok Weston.



 Maklumat PI1M & Kampung Lubok Weston  Beaufort

Lokasi

Lubok Weston  Beaufort

UST Area

PI1M Lubok Weston  Beaufort

Daerah

Beaufort

Negeri

Sabah

Populasi

800 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Nelayan, Perniagaan sumber laut, Perladangan Sawit & Perniagaan Makanan Kecil-kecilan, Perusahaan Kerepek,Perusahaan Ikan Masin,Perusahaan Mebuat Kek,Perkhidmatan Katering Dan Perusahaan Kraftangan Bakul.

Jumlah Keahlian

(setakat 24/3/2016)

280 Orang

Lat/Long PI1M

5.1756040"/115.5825653

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

18.12.2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

 

Name:Asmidah Binti Kasim

 

Email:asmidah@celcom1cbc.com

 

No Telefon:0133476072/0143315267

 

Penolong Pengurus

 

Nama:Norjanah Binti Mohiddin

 

Email:norjanah@celcom1cbc.com

 

No Telefon:0195808203

 

 

Website

http://www.celcom1cbc.com/kg Lubok Weston

Kampung Tanpa Wayar

 

Kampung Tanpa Wayar

 

1.   Kg lubok (12M ktw Pole)

 

2.   Kg lubok Darat (12M ktw Pole)

 

3.   Kg lubok Hujung (12M ktw Pole) 

.

4.   Kg lubok Weston Zon 2 (12M ktw Pole)


TEMPAT - TEMPAT MENARIK KAMPUNG LUBOK WESTON

PANTAI MANIS KAMPUNG LUBOK WESTON

Pantai manis Kampung lubok weston terletak d hujung kampung lubok yang berdekatan dengan daerah sipitang.Pantai manis ini selalu dikunjungi oleh orang luar dan penduduk  kerana menjalankan ativiti memancing secara persendirian

Nama Pemilik :kampung lubok weston

No. Telefon : -

Alamat : Kg. Lubok Weston, Beaufort, Sabah.


JETI NELAYAN

Jeti Nelayan terletak berhampiran dengan jeti lama kampung lubok weston  dan berada di atas air. Jeti  ini  tempat membeli dan menjual Udang galah,Udang Kertas,ikan siput dan sebagainya.Waktu Beroperasi jam 7.00 pagi hingga 7.00malam.

Nama Pemilik :Abd Lamit Bin Duraman

No. Telefon : 0138706385

Alamat : Kg. Lubok Weston, Beaufort, Sabah.