Ekonomi dan Keusahawanan

1.KEUSAHAWANAN

  • aktiviti keusahawanan yang popular di Kampung Lubok Weston adalah perusahaan membuat bakul anyaman yang diusahakan oleh seorang surirumah yang telah menceburi bidang seni anyaman sejak tahun 2013 . Anyaman bakul dan beg yang diperbuat daripada tali khas dan mempunyai pelbagai kegunaan di mana menjadi trend terkini untuk para pekerja pelbagai kluster menyimpan bekal makanan dan barang keperluan. Oleh yang demikian, bermula daripada minat beliau untuk menghasilkan pelbagai rekabentuk yang unik dengan pemilihan gabungan warna yang menarik sememangnya menjadi tarikan para pembeli bukan sahaja di kawasan kampung Lubok malah telah mencapai permintaan sehingga kawasan Beaufort dan Sipitang mahupun Kota Kinabalu Sabah.
2.EKONOMI
  • Sumber ekonomi utama penduduk Kg Lubok Weston adalah berasaskan sumber laut iaitu nelayan. Sesuai dengan lokasi geografinya yang sememangnya popular digelar lubuk bagi kaki pancing bukan sahaja pelbagai jenis lauk, malah udang, ketam dan sebagainya. Kawasan hujung Kg Lubok juga mempunyai sebuah pantai yang juga terdapat jeti nelayan yang dijadikan kawasan pemunggahan hasil laut yang juga merupakan kawasan lubuk udang galah. Hasil laut biasanya akan dijual ke kampung-kampung berdekatan, Pekan Weston mahupun tamu mingguan Pekan Beaufort dan Pekan Sipitang ekoran lokasi Kg Lubok Weston terletak di pertengahan jalan menuju ke Beaufort dan Sipitang.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.