Kemudahan Awam
KEMUDAHAN AWAM
1. DEWAN MASYARAKAT KG LUBOK WESTON
Antara kemudahan awam yang terdapat di Kg Lubok Weston adalah Dewan
Masyarakat Kg.Lubok. Dewan ini berfungsi sebagai kemudahan tempat untuk penduduk
kampung melaksanakan sebarang aktiviti yang melibatkan komuniti. Kemudahan awam
seperti dewan masyarakat ini juga dijadikan tempat untuk penduduk kampung
berkumpul disamping mengeratkan hubungan silaturahim diantara komuniti Kg.Lubok
Weston.
2. PERPUSTAKAAN DESA
Perpustakaan Desa Kg.Lubok Weston dibina sebagai pusat pembelajaran dan
sumber ilmu pengetahuan disamping membudayakan minat membaca dalam kalangan
komuniti. Wujudnya perpustakaan desa ini, banyak membantu masyarakat setempat
dalam ilmu pengetahuan terutamanya golongan pelajar.
3. GELANGGANG BOLA TAMPAR
Bola Tampar merupakan aktiviti harian bagi
belia Kampung Lubok Weston. Oleh hal demikian, gelanggang bola tampar telah
dibina bagi kepentingan dan kegunaan penduduk Kampung Lubok Weston.