Maklumat Tempatan

Kampung Lubok Weston merupakan salah sebuah perkampungan terpencil yang terletak di daerah Beaufort Sabah. Kampung Lubok Weston  mempunyai banyak  perubahan sehingga hari ini yang meliputi dari segi arus pembangunan,pertanian mahupun pendidikan. Namun, di sebalik perubahan yang berlaku ini, terdapat sejarah awal yang merupakan pendorong kepada kewujudan Kampung Lubok Weston dan hal ini  seharusnya patut diketahui oleh masyarakat pada masa sekarang.Lokasi Kampung Lubok Weston terletak Kira-kira dari pekan Beaufort 20 km yang didiami oleh kaum Brunei sabah.Kampung Lubok weston bentuk geografi seakan sebuah Lubok.Dahulu dikenali sebagai pantai manis dan kini Kampung Lubok menjadi nama tetap perkampungan tersebut.Kampung lubok weston terletak 7 KM dari Pekan Weston yang turut mempunyai purata jumlah penduduk seramai lebih kurang 1200 orang.


Sejarah asal usul pemilihan nama Kampung Lubok adalah bermula pada tahun 1930 an apabila diterokai oleh perkampungan tersebut dikenali sebagai Teripin dan Sabtu yang merupakan orang bangsawan berketurunan Brunei . Menurut sumber, bentuk geografi perkampungan tersebut yang berlekuk atau digelar kawasan melubok oleh masyarakat tempatan di samping kawasannya yang terletak di hujung dan tersorok menghala ke kawasan laut menjadikan kawasan tersebut di beri nama Kampung Pantai Manis Lubok ekoran di kawasan hujung kampung tersebut turut mempunyai kawasan pantai yang cantik dan menjadi lubuk atau tumpuan udang galah. Namun, kini kawasan tersebut dijadikan sebagai pangkalan atau jeti pemunggahan hasil nelayan yang juga merupakan kawasan tumpuan para kaki pancing dan sumber ekonomi penduduk tempatan Kampung Lubok Weston.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.