Pelancongan & Rekreasi

TEMPAT - TEMPAT MENARIK KAMPUNG LUBOK WESTON

Kawasan yang terletak di antara Pekan Weston Beaufort dan Kampung Lingkungan Beaufort ini sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri khususnya bagi kaki pancing. Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh penduduk kampung berhampiran adalah Pantai Manis Kampung Lubok dabn Jeti Kampung Lubok Weston malah yang terkini kawasan atau lokasi kolam memancing buatan manusia iaitu dikenali sebagai D'Kolam Lubuk namun belum dikomersial kan sepenuhnya dan hanya dijadikan sebagai lokasi rekreasi dan pertandingan memancing yang terletak di kawasan perkampungan Lubok Weston.


PANTAI MANIS KAMPUNG LUBOK WESTON

Pantai manis Kampung lubok weston terletak d hujung kampung lubok yang berdekatan dengan kawasan lautan daerah sipitang. Pantai manis ini selalu dikunjungi oleh orang luar dan penduduk  untuk menjalankan aktiviti memancing secara persendirian malah kawasan tersebut juga sering dipilih sebagai lokasi pertandingan memancing bukan sahaja anjuran penduduk tempatan malah penganjur daripada Sarawak, Brunei mahupun W.P Labuan turut tertarik dengan kawasan tersebut ekoran menjadi tumpuan atau lubok pelbagai jenis hidupan laut seperti lauk, udang mahupun ketam .

Nama Pemilik :kampung lubok weston

No. Telefon : -

Alamat : Kg. Lubok Weston, Beaufort, Sabah.


JETI NELAYAN

Jeti Nelayan terletak berhampiran dengan jeti lama kampung lubok weston  dan berada di atas air. Jeti  ini  tempat membeli dan menjual Udang galah,Udang Kertas,ikan siput dan sebagainya.Waktu Beroperasi jam 7.00 pagi hingga 7.00malam. Di samping itu lokasi ini juga merupakan lubuk bagi para kaki pancing kerana kawasan tersebut selain menjadi kawasan pemunggahan sumber hasil nelayan malah turut menjadi lubuk udang galah mahupun ketam mengikut musim. Oleh hal yang demikian , sebarang pertanyaan boleh hubungi pemilik kawasan tersebut di bawah

Nama Pemilik :Abd Lamit Bin Duraman

No. Telefon : 0138706385

Alamat : Kg. Lubok Weston, Beaufort, Sabah.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.