Pendidikan

SK Lubok Weston


SK Lubok Weston merupakan  pusat pendidikan yang terdapat di Kg Lubok Weston. SK Lubok Weston menjalankan operasi pembelajaran dalam dua bidang  iaitu pada waktu pagi  dan petang . Walaupun kekurangan pelajar, warga pendidik tetap menjalankan tugas masing-masing untuk memastikan pelajar yang terdiri daripada anak-anak komuniti kg  Lubok Weston supaya dapat ilmu yang sewajarnya serta mampu berdaya saing dengan masyarakat bandar. Pelajar Sk  Lubok Weston terdiri daripada kalangan pelajar tahun 1 sehingga tahun 6. 


Tadika Kemas


Tadika Kemas Kg Lubok Weston juga merupakan Pusat Pendidikan awal pelajar yang berumur dibawah 6 tahun. Jumlah pelajar di tadika  diangarkan seramai 20 orang pelajar. Namun semangat pendidik dan komuniti yang mahukan ilmu dan pengajaran diberikan kepada anak-anak mereka telah mendorong Tadika Kemas  berfungsi dan beroperasi seperti sekolah rendah yang lain.

Perpustakaan Desa

Perpustakaan Desa Juga diwujudkan dikawasan kg Lubok weston yang berperanan sebagai pusat pembelajaran dan ilmu pengetahuan bagi mebudayakan minat membaca dalam komuniti kg Lubok weston yang di selanggara dan diurus oleh seorang tenaga kerja. 




© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.