Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Pusat Internet 1Malaysia Kg. Lubok, Weston telah dibuka kepada umum pada bukan Disember 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Celcom dan Nusuara. PI1M ini telah banyak membawa perubahan besar kepada penduduk kampung Lubok, Weston. 


Kewujudan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) bukan sahaja membolehkan penduduk luar bandar mendapat kemudahan capaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), malah turut mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti dan ilmu yang menarik. Antara kemudahan yang disediakan ialah : penggunaan internet, laminate, kelas ICT, printing, photocopy dan banyak lagi. PI1M banyak membantu komuniti dengan adanya kelas ICT percuma. Inisiatif  ini dapat membantu remaja- remaja untuk mencari peluang pekerjaan dan melihat dunia luar. Bukan itu sahaja, di PI1M ini, dapat melatih murid- murid  untuk membuat kerja sekolah dengan mencari banyak info dan maklumat yang lebih banyak di internet, seterusnya akan dapat melahirkan generasi yang celik IT.


Selain itu juga, bukan sahaja generasi muda dapat banyak peluang melalui PI1M ini, malah generasi tua juga dapat mengikuti aktiviti- aktiviti  yang diadakan di sini. Ia juga dapat membantu komuniti disini untuk memajukan diri dan berhubung dengan masyarakat luar. Program 'Klik Dengan Bijak' juga banyak mengubah sikap dan pemikiran pelajar-pelajar di kampung ini untuk menggunakan internet untuk tujuan yang baik dan berhemah. 

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan