Berita Terkini

PERTANDINGAN “MATH DETECTIVE”

13 April 2017 | Berita Terkini

                                                                                                    Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru (PI1M) telah mengadakan pertandingan “Math Detective” dimana seramai 10 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah telah turut serta dalam pertandingan tersebut.Pertandingan ini dijalankan secara individu dimana para peserta dikehendaki menyelesaikan soalan Matematik serta melengkapkan tiga kotak kosong dengan jawapan bagi penyelesaian soalan Matematik dan para peserta perlu menjawab 12 soalan Matematik menggunakan “Portable Document Format” (PDF). Pertandingan ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan peserta dalam ilmu Matematik serta menguji tahap kemahiran berfikir peserta dalam menjawab soalan Matematik berdasarkan tiga kotak yang diberikan.Selain itu,peserta juga... read more

PERTANDINGAN “KUIZ ICT”

07 April 2017 | Berita Terkini

                                                                              Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru (PI1M) telah mengadakan pertandingan Kuiz ICT sempena hari ulangtahun Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru yang ke 5 tahun.Pertandingan ini diadakan secara terbuka kepada komuniti yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah atau menengah dan seramai 10 orang peserta telah turut serta dalam pertandingan tersebut.Peserta yang terlibat hanya perlu menjawab soalan kuiz yang bertemakan ICT dengan  menggunakan “Microsoft Word”. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan peserta tentang fungsi komputer dan internet serta menguji tahap kecerdasan minda peserta untuk menjawab soalan kuiz yang diberikan dalam masa... read more

USAHAWAN 8: MENJUAL SAYUR-SAYURAN (PN.NULIN BINTI BONGUL)

06 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                                            Puan Nulin Binti Bongul yang berasal dari kampung Malangang Baru menjalankan perniagaan menjual sayur-sayuran yang ditanam sendiri ditamu hujung minggu yang diadakan di Sondoton River Side &Recreation Centre (Lokasi rekreasi baru diwujudkan) di Kampung Malangang Baru. Puan Nulin Binti Bongul kini berusia 64 tahun merupakan seorang suri rumah yang masih aktif menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran secara kecil-kecilan untuk dijual. Walaupun secara kecil-kecilan tetapi ianya dapat memberi pulangan yang dapat memberikan pendapatan kepada beliau. Hasil tanaman sayur-sayuran yang masih segar menjadi pilihan pembeli kerana ditanam tanpa menggunakan racun dan baja yang berlebihan.... read more

USAHAWAN 7: KEDAI RUNCIT (EN.SINDIN GUDTAK)

06 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Encik Sindin Gudtak berusia 62 tahun merupakan seorang pesara kerajaan yang menjalankan perniagaan kedai runcit di Kampung Malangang Baru. Beliau yang sebelum ini bekerja di Jabatan Kebajikan AM Sabah Bahagian Tamparuli mengambil keputusan menjalankan aktiviti perniagaan runcit di Kampung Malangang Baru untuk mengisi masa beliau selepas bersara. Kedai runcit beliau yang terletak di tepi jalan laluan utama Tamparuli Kiulu, memudahkan pelanggan mengunjungi kedainya. Pelanggan dari kampung berhampiran juga boleh singgah di kedai beliau. Barangan yang dijual di kedai beliau adalah barangan keperluan harian seperti makanan tin, minuman, kuih, makanan ringgan, sabun dan... read more

USAHAWAN 6: MAKANAN –SOTO&ROJAK (PN.YUMOI BINTI NARU)

31 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

   Puan Yumoi Binti Naru merupakan seorang kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat di Klinik Kesihatan Tamparuli. Berusia 57 tahun, Puan Yumoi menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual makanan Soto dan Rojak pada setiap hari ahad di Kampung Malangang Baru. Puan Yumoi juga ada menjual sambal tuhau untuk dijual sebagai jualan sampingan. Menurut Puan Yumoi, perniagaan yang dijalankan ini adalah untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu dan sebagai persediaan aktiviti selepas bersara nanti. Sekurang-kurangnya beliau masih mempunyai aktiviti yang boleh menjana sumber pendapatan selepas apabila sudah tidak berkerja lagi. Lokasi perniagaan yang terletak di... read more

USAHAWAN 5: MAKANAN -KUIH LINOMPUKA (PN.LEMINAH BINTI MURIN)

31 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

                                                                               Puan Leminah Murin seorang warga emas berusia 70 tahun, merupakan seorang usahawan yang giat membuat dan menjual kuih tradisional yang dipanggil Linompuka atau dalam nama lainnya Kuih Pais. Kuih Linompuka yang biasa dibuat oleh Puan Leminah menggunakan bahan dari  ubi kayu, pisang tepungdan hanya dibungkus menggunakan daun pisang yang kemudiannya dikukus. Puan Leminah menjadikan kemahirannya membuat Kuih Linompuka ini sebagai sumber pendapatan tambahan selain bekerja sebagai petani dan penoreh getah. Kuih Linompuka yang dibuat oleh Puan Leminah ini dijual digerai dan diletakkan (Tumpang meletakkan) di kedai runcit kampung. Selain dijual... read more

KISAH KEJAYAAN : ADIK BRENDA FIKA JUSTIN (Mahir Menggunakan Komputer)

31 March 2017 | Kisah Kejayaan

NAMA                         : BRENDA FIKA JUSTIN UMUR                         : 9 TAHUN PEKERJAAN             : PELAJAR SEKOLAH RENDAH SK MALANGANG BARU, KIULU   Adik Brenda Fika merupakan ahli aktif di Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru sejak tahun 2013 dan masih bergelar pelajar sekolah rendah di Sk.Malangang Baru,Kiulu.Sebelum ini,Adik Brenda tidak mempunyai asas komputer dan memerlukan bantuan orang lain untuk membuka laman web seperti laman pendidikan atau menonton “Youtube”. Setelah mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru,adik Brenda boleh menggunakan komputer tanpa bantuan sesiapa dan mengenali komponen komputer serta fungsinya dengan baik.Selain itu,adik Brenda juga... read more

KISAH KEJAYAAN : ENCIK MARCELLUS GIDALA (Perniagaan Atas Talian Produk Kesihatan & Kecantikan)

31 January 2017 | Kisah Kejayaan

NAMA                         : MARCELLUS GIDALA UMUR                         : 30 TAHUN PEKERJAAN             : PERNIAGAAN ATAS TALIAN PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN Mendekati lagi seorang usahawan muda yang berasal dari Kampung Lokub,Kiulu yang berusia 30 tahun iaitu Encik Marcellus Gidala.Sebelum bergelar usahawan,beliau bekerja dibawah majikan di sebuah syarikat swasta yang terletak di semenajung Malaysia.Setelah kembali ke Sabah,beliau telah  memulakan perniagaan atas talian sebagai pengedar produk kesihatan dan kecantikan. Sebagai langkah permulaan untuk menjejakkan kaki di medan perniagaan beliau perlu mempercukupkan diri dengan ilmu perniagaan.Oleh itu,Encik Marcellus telah mengikuti latihan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru selepas disarankan... read more

KISAH KEJAYAAN : ENCIK EDDI BIN FEDILES (Pembuatan Die Baju)

28 February 2017 | Kisah Kejayaan

                                                                                              Encik Mohd Eddi merupakan usahawan muda yang berasal dari Kg.Malangang Baru dan berusia 28 tahun.Sebelum terjerumus dalam dunia perniagaan beliau bekerja sebagai operator mesin disebuah syarikat swasta dan beliau mula berkecimpung dalam bidang pembuatan pelekat die pada baju awal November 2016.Pada mulanya,membuat pelekat die pada baju  hanyalah sebagai hobi di waktu lapang dan disebabkan permintaan yang tinggi dari  rakan-rakan dan ahli keluarga beliau menjadikan hobinya kepada perniagaan sampingan. Sebagai permulaan untuk memulakan perniagaan,beliau telah datang berkunjung ke Pi1M Kg.Malangang Baru untuk mengikuti kelas “Microsoft Office” dan latihan keusahawanan kerana sebelum... read more

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO “PERSONA KAMPUNGKU”

22 March 2017 | Berita Terkini

                                                                                               Mengisi aktiviti pada bulan Mac ini, Pi1M Kg. Malangang Baru telah mengadakan Pertandingan Mencipta Video terbuka kepada ahli Pi1M dan komuniti. Pertandingan mencipta video ini juga adalah usaha Pi1M untuk melahirkan dan mengetengahkan bakat peserta dalam pembikinan video. Program ini bertujuan untuk menarik minat peserta dalam pembikinan video berdurasi pendek sambil mempromosikan keindahan, aktiviti serta suasana kampung. Antara aspek yang hendak diketengahkan ialah mengenai ekonomi dan aktiviti masyarakat kampung. Pemenang video akan berpeluang untuk mewakili Pi1M sebagai penyertaan dalam pertandingan video pendek yang dianjurkan oleh MCMC pada masa akan... read more