TAKLIMAT KEUSAHAWANAN

21 November 2016 | Berita Terkini

                                                                                              

         Pi1M Malangang Baru telah mengadakan taklimat keusahawanan dengan kerjasama oleh usahawan Pi1M Malangang Baru yang terlibat dalam perniagaan atas talian dimana mereka akan kongsikan pengalaman dan cara memulakan perniagaan atas talian.Oleh itu,pihak Pi1M Malangang Baru membantu peserta cara untuk memasarkan perniagaan melalui pelbagai media sosial dan menyahpasangkan aplikasi “Buffer” sebagai salah satu jentera memudahkan pemasaran dalam media sosial.

       Taklimat ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang cara perniagaan atas talian tetapi untuk memupuk minat komuniti agar menglibatkan diri dalam bidang perniagaan secara atas talian terutamanya golongan suri rumah dan belia kerana perniagaan yang dibuat secara atas talian lebih mudah dan menjimatkan masa serta kos dalam membangunkan perniagaan.

     Pi1M Malangang Baru berharap program seperti dapat diadakan lebih kerap agar komuniti mendapat ilmu perniagaan serta memupuk minat mereka untuk terjebak dalam dunia perniagaan dan melahirkan lebih ramai usahawan kecil-kecilan.

                                                                                   

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini:

https://www.celcom1cbc.com/malanggang-baru/galeri/2016/11/taklimat-keusahawanan