USAHAWAN 11 : PENGUSAHA KUIH PENJARAM (Encik Ben Eastewood Sandikau)

29 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

                                                                         

          Mendekati lagi seorang usahawan muda yang berasal dari Kg.Malangang Baru,Kiulu iaitu Encik Ben Eastewood Sandikau yang berusia 27 tahun.Beliau mula berkecimpung dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan pada pertengahan tahun 2016.

        Encik Ben Eastewood mula berniaga kuih penjaram kerana minat mendalamnya terhadap kuih tradisional terutamanya kuih penjaram.Menurut beliau,pembuatan kuih penjaram sangat mudah dan cepat manakala bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkan kuih penjaram tersebut mudah dicari dan tidak rumit untuk menyediakan adunannya.Pada mulanya,beliau hanya menjual kuih penjaram tersebut pada waktu pagi di sebuah kedai runcit milik salah seorang penduduk Kg.Malangang Baru setelah kuih penjaram buatan beliau mendapat sambutan oleh penduduk sekitar Kg.Malangang Baru,beliau mula menjual kuih penjaram pada sebelah petang juga bagi memenuhi tempahan pelanggan.

     Selain itu,Encik Ben Eastewood juga menerima tempahan melalui sistem pesanan ringkas (sms) atau aplikasi “WhatApps” daripada pelanggan sekitar Kg.Malangang Baru dan menghantar tempahan tersebut ke rumah pelanggan tersebut.

     Beliau memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi pada masa kini untuk meningkatkan produktiviti perniagaan beliau disamping menjana pendapatan sampingan.