USAHAWAN 12 : USAHAWAN ATAS TALIAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN (Puan Juliana Moduli)

06 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

                                                                 

          Seorang lagi suri rumah telah menjadi usahawan atas talian di Kg.Malangang Baru iaitu Puan Juliana Moduli yang berusia 46 tahun.Beliau mula terjebak dengan perniagaan atas talian dengan menjadi salah seorang ejen pengedar untuk memasarkan produk kesihatan dan kecantikan pada awal  Oktober 2016.

        Menurut beliau,perniagaan atas talian sangat sesuai dilakukan oleh suri rumah sepenuh masa kerana menjimatkan masa dimana beliau hanya melakukan urusan perniagaan melalui “Smartphone” dan masa yang selebihnya beliau gunakan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suri rumah.Selain itu,berniaga di atas talian tidak perlu modal yang besar untuk memulakan perniagaan seperti sewa kedai atau mengajikan pekerja yang hanya beliau perlukan ialah “Smartphone” untuk melancarkan urusan perniagaan atas talian.Oleh itu,Puan Juliana menggunakan akaun “facebook” peribadinya dan aplikasi “WhatApps” untuk mempromosikan perniagaan serta  memperkenalkan produknya kepada ahli keluarga dan rakan – rakan yang lain.Pada waktu kelapangan,beliau akan membuat penghantaran kepada pelanggan yang telah membuat tempahan melalui laman sosial.

      Walaupun pendapatan perniagaan yang beliau jalankan tidak menentu,beliau tetap bersyukur kerana perniagaan yang beliau ceburi dapat memberi pengalaman dalam mengenali selok-belok perniagaan dan pengetahuan asas untuk menjadi usahawan