PERTANDINGAN “SPOT THE DIFFERENCES”

13 December 2016 | Berita Terkini

                   

      Pertandingan “Spot the differences” merupakan salah satu aktiviti sebagai pengisian bagi program cuti sekolah agar masa cuti sekolah peserta dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti – aktiviti yang berfaedah.

      Pertandingan ini juga dijalankan secara berkumpulan dimana terdapat 15 peserta yang terlibat.Dalam pertandingan ini,peserta diminta mencari perbezaan antara dua gambar yang sama tetapi terdapat beberapa perbezaan dalam kedua-dua gambar tersebut dan para peserta perlu mengenalpasti perbezaan tersebut.Kumpulan yang cepat mencari perbezaan tersebut dikira sebagai pemenang dalam pertandingan ini.

     Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap ketelitian peserta dalam mengenalpasti beberapa perbezaan antara dua gambar yang sama.Selain itu,pertandingan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan untuk bersama – sama menyiapkan tugasan tersebut.

    Pihak Pi1M Malangang Baru berharap aktiviti yang dianjurkan dapat membantu peserta mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini:

https://www.celcom1cbc.com/malanggang-baru/galeri/2016/12/pertandingan-spot-the-differences