PERTANDINGAN “CHRISTMAS CROSSWORD”

13 December 2016 | Berita Terkini

                                                           

     Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sempena program cuti sekolah bersama Pi1M dan pertandingan “Christmas Crossword” merupakan salah satu aktiviti dalam program cuti sekolah bersama Pi1M dan seramai 15 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

    Pertandingan “Crossword” merupakan permainan yang membantu perkembangan minda peserta dan secara langsung mengalakkan peserta untuk aktif berfikir bagi menyelesaikan masalah penyusunan huruf.Selain itu,aktiviti ini juga salah satu cara untuk merangsang otak agar lebih teliti dalam mencari dan menyusun huruf – huruf tersebut.

   Bagaimanapun,pertandingan ini dijalankan secara dalam kumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyelesaikan masalah pada tugasan yang diberikan.Pemenang bagi pertandingan ini dikira apabila ahli kumpulannya telah menyelesaikan tugasan dengan mendahului kumpulan yang lain.

   Pihak Pi1M Malangang Baru berharap aktiviti ini dapat memupuk minat peserta agar sentiasa menglibatkan diri dalam aktiviti atau program yang Pi1M Malangang Baru anjurkan.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini:

https://www.celcom1cbc.com/malanggang-baru/galeri/2016/12/pertandingan-christmas-crossword-