PERTANDINGAN “QUICK DRAW”

13 December 2016 | Berita Terkini

                                            

        Pi1M Malangang Baru telah mengadakan pertandingan “Quick Draw” dan seramai 15 orang telah menyertai pertandingan tersebut.Pertandingan ini juga merupakan salah satu pengisian untuk program bulan ini.

      Pertandingan ini dijalankan melalui laman web https://quickdraw.withgoogle.com  secara berkumpulan dimana peserta dikehendaki melukis gambar berdasarkan objek yang dipaparkan.Kumpulan yang melukis objek yang banyak dengan betul akan dikira sebagai pemenang dalam pertandingan ini.

   Pertandingan ini bertujuan untuk membantu membina daya imaginasi peserta dalam menghasilkan lukisan mereka serta memperbaiki kemahiran melukis para peserta.Selain itu,pertandingan ini juga memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan untuk menghasilkan lukisan objek yang tepat.

  Pihak Pi1M Malangang Baru berharap aktiviti seperti ini dapat membantu para peserta dalam meningkatkan lagi kemahiran melukis dan memupuk minat mereka dalam bidang seni.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini:

https://www.celcom1cbc.com/malanggang-baru/galeri/2016/12/pertandingan-quick-draw-