PERTANDINGAN “HELP THE PILGRIM FIND THE TURKEY”

13 December 2016 | Berita Terkini

                                                                         

Pi1M Malangang Baru telah mengadakan pertandingan “Help The Pilgrim Find The Turkey” dimana aktiviti ini merupakan salah satu pengisian untuk program cuti sekolah bersama Pi1M bagi sesi 2016 dan seramai 15 orang telah menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan ini diadakan untuk tujuan membantu peserta berfikir secara kreatif untuk mencari jalan keluar dan menggalakkan minda untuk aktif berfikir serta membantu mencerdaskan minda peserta bagi menyelesaikan masalah permainan tersebut.Dengan itu,pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan agar setiap peserta dapat menyumbangkan idea untuk menyelesaikan masalah permainan disamping mewujudkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan.

Pihak Pi1M Malangang Baru berharap aktiviti seperti ini dapat diadakan agar dapat memupuk minat peserta untuk menglibatkan diri dalam aktiviti yang Pi1M anjurkan.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini:

https://www.celcom1cbc.com/malanggang-baru/galeri/2016/12/pertandingan--help-the-pilgrim-find-the-turkey