PROGRAM ADVOKASI “KESELAMATAN MELAYARI INTERNET”

20 December 2016 | Berita Terkini

                                                                                   

 

Pi1M Malangang Baru telah mengadakan Program Advokasi yang bertajuk “Keselamatan Melayari Internet. Seramai 25 orang peserta terdiri dari pelajar sekolah telah menyertai dalam program ini. Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada peserta mengenai keselematan semasa melayari internet yang mana mereka boleh terdedah dengan penyalahgunaan internet sekiranya tidak dipantau. Program yang berlangsung selama dua jam ini disusuli dengan soalan kuiz untuk menguji kefahaman mereka mengenai maklumat yang disampaikan.

Pi1M Malangang Baru berharap dengan menganjurkan program seperti ini akan dapat membendung masalah penyalagunaan internet yang menjurus kepada masalah sosial yang semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat menjadikan peserta pengguna internet yang BIJAK.

 

Klik pada pautan berikut untuk akses gambar penuh program ini:

https://www.celcom1cbc.com/malanggang-baru/galeri/2016/12/program-advokasi