Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Malangang Baru

 

Maklumat PI1M Kg.Malangang Baru

 

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Berhad di bawah Program Pemberian Sejagat dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd yang memberi fokus merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya Pi1M ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT.

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kampung Malangang Baru Kiulu yang dibangunkan pada tahun 2012 dan telah mula beroperasi  pada 01 April 2013.Lokasinya berada di laluan utama yang menghubungkan Pekan Tamparuli dan Pekan Kecil Kiulu memudahkan pengguna yang tinggal di sekitar mukim Kiulu untuk berkunjung ke Pusat Internet ini. Pi1M Kg.Malangang Baru terletak bersebelahan dengan dewan serbaguna Kg.Malangang Baru dan 300 meter dari Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar. Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kampung Malangang Baru, Kiulu mensasarkan penembusan ICT kepada komuniti setempat yang melibatkan kanak-kanak berusia 5 tahun, pelajar pra sekolah, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar IPT, belia, suri rumah, petani, warga emas, OKU dan sebagainya.

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kampung Malangang Baru ini dilengkapi dengan 20 buah komputer, kemudahan internet yang mempunyai kelajuan minimum 2 Mbps, alat pencetak dan alat pengimbas, projector LCD untuk tujuan latihan dan juga kemudahan titik capaian untuk rangkaian pautan tanpa wayar (WIFI).

Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Malangang Baru mengalu-alukan penglibatan komuniti yang mahu mendaftar sebagai ahli Pi1M. Bayaran pendaftaran sebanyak RM5 dikenakan untuk pendaftaran keahlian Pi1M. Pengguna yang telah berdaftar akan menikmati caj bayaran perkhidmatan yang lebih murah untuk menggunakan computer dan melayari internet di Pi1M termasuklah peluang untuk mengikuti kursus dan latihan ICT secara percuma. Antara kursus dan latihan ICT yang ditawarkan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Malangang Baru adalah seperti;

Kelas Pembelajaran IT & Komputer

  •  Basic ICT (Introduction to PC/Printer/Windows/Internet/Email)
  • Microsoft Office (Word/Excel/Powerpoint/Publisher)
  • Multimedia (Photo/Video/Animation/Graphic)
  • Website (Blog/Social Media/Website Dev/Open Source CMS)
  • E-Learning (Learning Apps/Tutorial/Quiz/Education Games)
  • E-Commerce (Online Marketing/Entrepreneurship Skills/Online Shop/Online Banking/Mudah/Lelong)
  • Digital Literacy (KDB/Awareness on hardware & Software/Ethics)
  • Soft Skill (Presentations Skill/Public Speaking/Financial Skills/Interview Skill)
  • PC Hardware (PC parts & Component/Repair/Maintenance)
  • Civic Syllabus (Smart Living/Vandalism Awareness/Healthy)

Selain dari menawarkan perkhidmatan dan kursus/latihan dalam Pi1M, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Malangang Baru juga turut menganjurkan aktiviti bersama komuniti dan persatuan terutama pada musim perayaan dan sambutan-sambutan tertentu yang melibatkan komuniti di Kampung Malangang Baru seperti Perayaan Kaamatan (pesta menuai), puasa dan Hari Raya, sambutan hari kemerdekaan, Krismas dan banyak lagi. Program luar Pi1M ini turut di selitkan dengan taklimat Klik Dengan Bijak dan aktiviti promosi Pi1M.



Maklumat PI1M & Komuniti Kg.Malangang Baru

 

Lokasi

Kiulu, Tamparuli

UST Area

 

Daerah

Tuaran

Negeri

Sabah

Populasi

560 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian kecil-kecilan jangka masa pendek (Sayur-sayuran dan buah-buahan), Perniagaan runcit Kecil-kecilan

Jumlah Keahlian

(setakat 31 Disember 2016)

 

372 orang

Lat/Long PI1M

6°05’26.19” N / 116°16’53.89” E

Teknologi

Hub & Spoke - Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

01 April 2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Linah @Norlinah binti Fediles

Email:  linah@celcom1cbc.com

No Telefon: 019-8020603

 

Penolong Pengurus

Nama: Naimie Binti Ibrahim

Email:  naimie@celcom1cbc.com

No Telefon: 01119558977

 

Website

http://www.celcom1cbc.com/malangangbaru

 

Kampung Tanpa Wayar

1.     Pi1M Kg. Malangang Baru (20m CBC Tower)

2.     KTW Kg.Poturidong, Kiulu (Dewan kg. Poturidong)