Ekonomi dan Keusahawanan

EKONOMI

 

1)   PENANAMAN KEBUN GETAH

-         Penduduk kampung disekitar Kiulu masih melakukan penanaman kebun getah sebagai pendapatan sampingan.Selain itu,penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan boleh menoreh getah sama ada di kebun getah sendiri atau sebaliknya.

 

2)   PENANAMAN PADI SAWAH

-         Rata- rata kampung yang terdapat di sekitar Kiulu masih  mempunyai sawah untuk penanaman padi sawah sama ada secara komersial atau kecil-kecilan.Setelah padi telah dituai,hasil tuaian tersebut akan dijual di kedai runcit atau tapak tamu atau sebagai bekalan sendiri.Selain itu,pembekalan bibit padi juga dilakukan di sesetengah kampung seperti Kg.Poturidong dimana mereka membekalkan bibit padi huma.

 

3)   PERUSAHAAN KEBUN NANAS

-         Penanaman nanas hanya terdapat di segelintir kampung sahaja dimana penanaman nanas dilakukan secara kecil-kecilan di tanah milik sendiri.Hasil dari penanaman nanas akan dijual di tapak tamu atau pasar sama ada secara borong atau sebaliknya.Antara jenis nanas yang kerap di tanam ialah nanas paun dan nanas madu.

 

4)   PERUSAHAAN IKAN TAGAL

-         Kiulu merupakan salah satu kawasan yang masih mengamalkan sistem tagal ianya bertujuan untuk mengekalkan ekosistem.Penangkapan ikan akan dilakukan secara serentak diseluruh kampung selepas perbincangan tarikh telah ditetapkan.Hasil penangkapan ikan tersebut akan dibahagikan secara sama rata dan adil kepada penduduk kampung.Selain itu,perusahaan ikan tagal juga telah menjadi salah satu tarikan pelancong untuk bermain dengan ikan tagal dan Kampung Poturidong menyediakan perkhidmatan tersebut.

 

5)   PERNIAGAAN KECIL – KECILAN

-         Penduduk kampung yang mempunyai kebun kecil untuk tanaman jangka pendek seperti sayur dan lain-lain  akan menjual hasilnya di tapak tamu Pekan Kiulu setiap hari selasa atau Tamu besar Tamparuli pada hari Rabu.

 

 

KEUSAHAWANAN

 

 

KLK LOGDE PONOHUON

KLK Lodge Ponohuon Homestay telah diusahakan oleh Puan Tauin Lontou dan sekeluarga.Beliau menjadikan tanah milik sendiri sebagai tapak pusat penginapan mereka.Kawasan pusat penginapan yang sangat strategik kerana terletak ditepi jalan antara jalan ke Kiulu dan Tamparuli.Selain itu,Pusat penginapan KLK Lodge Ponohuon mempunyai 3 bilik dimana terdapat 2 pakej bilik iaitu “Superior Room” dan “Standard Room”dengan harga yang sangat berpatutan serta suasana bilik yang sangat menarik dan selesa.Pengunjung yang berhasrat untuk melawati tempat-tempat yang menarik di kawasan Kiulu dan memerlukan tempat penginapan bolehlah menempah penginapan di KLK Lodge Ponohuon Homestay

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

1)        Puan Tauin Lontou

-           Tel                  : 019-8207996 / 019-8203220

-           Messenger  : @klkponohuon

-           Alamat          : Kg.Ponohuon,Kiulu

-           Email             : Klkhomestay@gmail.com

-           Facebook     : https://www.facebook.com/klkponohuon

 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.