Kemudahan Awam

KEMUDAHAN AWAM YANG TERDAPAT DI KG.MALANGANG BARU


1) DEWAN SERBAGUNA KG.MALANGANG BARU

Penduduk Kg.Malangang Baru menggunakan dewan untuk mengadakan mesyuarat,ceramah  dan menyambut perayaan seperti  Kaamatan.Selain itu,dewan juga digunakan untuk bermain badminton dan latihan taekwondo.Dewan serbaguna Kg.Malangang Baru hanya bersebelahan dengan bangunan Pusat Internet 1Malaysia Malangang Baru.

 

2) GELANGGANG FUTSAL

Kg.Malangang baru juga terdapat gelanggang futsal dimana gelanggang tersebut mempunyai dua fungsi iaitu untuk bermain bola futsal dan bola keranjang.Golongan belia Kg.Malangang Baru menghabiskan masa di hujung minggu dengan bersukan di gelanggang futsal sekiranya padang Kg.Malangang Baru digunakan untuk perlawanan bola sepak.

 

3) PADANG KG.MALANGANG BARU

Penduduk  Kg.Malangang Baru sangat aktif dalam sukan bola sepak.Oleh itu,penduduk Kg.Malangang Baru menggunakan padang untuk tujuan latihan bola sepak.Selain itu,padang Kg.Malangang Baru juga sering digunakan untuk mengadakan perlawanan bola sepak dan sukan sekolah .Orang luar yang ingin menggunakan padang tersebut dikenakan bayaran yang berpatutan.


4) ASTAKA

Kemudahan  awam seperti astaka disediakan untuk memudahkan penduduk kampung menonton perlawanan yang berlangsung  di padang.Selain itu,penduduk kampung juga menggunakan astaka untuk melakukan sebarang aktiviti seperti hari keluarga Kg.Malangang Baru dan aktiviti Pusat Internet  1Malaysia Malangang Baru.Astaka juga terdapat kemudahan seperti tandas dan bilik persalinan.


5) SURAU KG.MALANGANG BARU

Surau Kg.Malangang Baru terletak kira-kira 200 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Malangang Baru dimana hanya memakan masa selama 15 minit.Selain daripada menunaikan ibadah,penduduk yang beragama Islam akan berkumpul di Surau untuk bermesyuarat atau mengadakan sambutan perayaan seperti  Majlis Berbuka Puasa,Sambutan Hari Raya,Sambutan Hari Raya Korban dan sebagainya.

 

 

6) PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SABAH (KEM MALANGANG KIULU)

Pusat Kokurikulum Negeri Sabah yang berpusat di Kem Malangang Baru terletak  kira-kira 250 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Malangang Baru dan hanya memakan masa selama 20minit.

 

7) PONDOK POLIS KIULU

Satu-satunya pondok polis yang terdapat di kawasan Kiulu ynng terletak di Pekan kiulu iaitu kira – kira 800-meter dari Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru dimana hanya memakan masa selama 30 minit.


8) PEJABAT POS MIN KIULU

Wakil pejabat pos mini Kiulu yang terletak di Pekan Kiulu dimana ianya berada di Lot 1,SEDCO Shophouse.Jarak antara pejabat pos mini Kiulu dan Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru kira –kira 800 meter dan memakan masa 30 minit.

 

9) TERMINAL BAS

Terminal bas merupakan kemudahan yang disediakan untuk mengumpul kesemua pemandu daripada pelbagai destinasi serta memudahkan penumpang menaiki bas.Terminal bas yang terletak kira-kira 800 meter daripada Pusat Internet 1Malaysia Kg.Malangang Baru.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.