Komuniti

AKTIVITI KOMUNITI

Penduduk di kampung Malangang Baru tidak sunyi dengan pelbagai aktiviti. Selain kerap mengadakan  gotong-royong, aktiviti sukan bola sepak seperti sudah menjadi nadi kepada belia dan dewasa di kampung ini termasuklah golongan wanita yang meminati sukan tersebut. Penganjuran pertandingan bola sepak dan permainan persahabatan yang melibatkan pasukan dari kampung berhampiran dan juga persatuan lain kerap dianjurkan oleh persatuan belia kampung ini. Tidak hairanlah kampung Malangang Baru sering dikunjungi oleh pengunjung dan peminat sukan bola sepak.

Selain Persatuan Belia, Persatuan Jiran Wanita yang terdiri dari suri rumah dan wanita bekerja juga sering menganjurkan aktiviti yang dapat mengumpulkan masyarakat kampung seperti sukaneka dan makan bersama dengan membawa makanan sendiri untuk dimakan bersama (potluck). Aktiviti ini sering diadakan sempena menyambut Tahun Baru, pesta menuai, Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Aktiviti ini turut mendapat sokongan dari JKKK dan Ketua Kampung.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.