Maklumat Tempatan

MAKLUMAT TEMPATAN 


Nama Tempat

Kg.Malangang Baru

Mukim

Kiulu

DUN

N.11 Kiulu

Parlimen

P 170 Tuaran

Daerah

Tuaran

Negeri

Sabah

Anggaran Penduduk

560 orang

Bangsa Mejoriti

Dusun

Ketua Kampung

En.Lohok Gontuwong

Pengerusi JKKK

En.Rudi Boliku

ADUN

YB Datuk Joniston Bangkuai

Ahli Parlimen

YB DSP Wilfred Madius Tanggau

Pegawai Daerah

A.M. Ibnu Haji A.K. Baba


Kg.Malangang Baru terletak dalam Mukim Kiulu iaitu satu pekan kecil dalam daerah Tuaran. Lokasinya yang terletak di laluan utama yang menghubungkan Pekan Tamparuli dan kampung-kampung lain sekitar Kiulu dengan kemudahan jalan raya yang baik memudahkan orang ramai dari kawasan luar sampai ke kampung ini. Penduduknya majoriti berbangsa dusun. 90% dari penduduknya menganuti agama Kristian dan 10% lagi menganuti agama Islam.

Kiulu yang sinonim dengan aktiviti menyusuri sungai deras yang airnya jernih sambil mengamati keindahan alam semula jadi menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke kawasan ini. Faktor ini sedikit sebanyak telah memberi tempias ekonomi kepada penduduk yang tinggal di sekitar Kiulu. Beberapa pusat pelancongan yang lengkap dengan kemudahan menjalankan aktiviti perkhemahan, berakit dan juga penginapan(homestay) telah dibangunkan. Pekerjanya juga adalah dari kalangan penduduk tempatan. Kini penduduk khususnya belia tidak lagi runsing mengenai pekerjaan kerana sudah ada tersedia. Bagaimanapun berkerja sebagai petani dan menoreh getah masih juga diteruskan oleh golongan petani untuk keperluan sendiri dan dijual di tamu(pasar tani).

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.