Pelancongan & Rekreasi

PELANCONGAN

 

§  KLK LODGE PONOHUON HOMESTAY

KLK Lodge Ponohuon Homestay telah diusahakan oleh Puan Tauin Lontou dan sekeluarga.Beliau menjadikan tanah milik sendiri sebagai tapak pusat penginapan mereka.Kawasan pusat penginapan yang sangat strategik kerana terletak ditepi jalan antara jalan ke Kiulu dan Tamparuli.Selain itu,Pusat penginapan KLK Lodge Ponohuon mempunyai 3 bilik dimana terdapat 2 pakej bilik iaitu “Superior Room” dan “Standard Room”dengan harga yang sangat berpatutan serta suasana bilik yang sangat menarik dan selesa.Pengunjung yang berhasrat untuk melawati tempat-tempat yang menarik di kawasan Kiulu dan memerlukan tempat penginapan bolehlah menempah penginapan di KLK Lodge Ponohuon Homestay

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

1)       Puan Tauin Lontou

-          Tel                         : 019-8207996 / 019-8203220

-          Messenger            : @klkponohuon

-          Alamat                 : Kg.Ponohuon,Kiulu

-          Email                     : Klkhomestay@gmail.com

-          Facebook               : https://www.facebook.com/klkponohuon

 

 

§  KIULU WHITE RIVER RAFTING

Aktiviti berakit jeram di Sungai Kiulu adalah sesuai bagi mereka yang gemarkan cabaran yang agak sederhana dan santai.Sungai Kiulu yang diklasifikasikan sebagai Gred 1 sehingga Gred 2 menjadikan aktiviti yang sangat ideal untuk peringkat permulaan.Jarak berakit paling jauh adalah 15 kilometer apabila paras air tinggi dan 7 kilometer pada paras air biasa dimana ia akan mengambil masa sekitar 1 jam sehingga 2 jam.

Sebarang Pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

1)      Borneo Rafting Adventure ( Mr James T Law)

-          Alamat      : Wakil Pos Kiulu,P.O.Box 25 89250 Kiulu,Tuaran.

 

2)      D7 Travel and Tours ( Mr Bop Juanis)

3)      – Untuk tempahan

-          Tel             : 088 714 177 (Office),016-8121702 (Mobile)

-          Fax                        : 088 729 477

-          Alamat      : Block G, Lot-8-2, Donggongon New Township Penampang Sabah. 

 

4)      Qlu Sabah Holiday & Tours Sdn Bhd (Mr Mejin Maginggow)

-          Tel             : 016-8193285 (Mobile)

-          Email         : enjoyborneoadventure@gmail.com

-          Facebook   : EnjoyBorneoAdventure

-          Alamat      : Peti Surat 178, Kampung Rangalau Baru,Jalan Kiulu,89257 Tamparuli.

  

 

 

REKREASI

 

 

§  SONDOTON RIVERSIDE & RECREATION CENTER

Sondoton Riverside & Recreation Center merupakan tempat rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga meluang masa bersama dimana pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama kerana kawasannya yang strategik dan berhampiran dengan  sungai.Oleh itu,Sondoton Riverside & Recreaction Center adalah tempat yang paling sesuai untuk menghabiskan masa hujung minggu bersama  dan menyambut sesuatu perayaan seperti Majlis Hari Jadi.Selain itu,pengunjung boleh berkhemah serta berpeluang merasai suasana tamu yang diadakan setiap hujung minggu dimana pelbagai juadah akan dijual.

 

Antara kemudahan yang disediakan –

 

1)         Camping Site

2)         Recreation Centre

3)         Family BBQ Site

4)         Fishing catch & Release

5)         Traditional Games

6)         Swimming

7)         Fish Feeding Activities

8)         Bamboo Rafting

9)         Water Rafting

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

-          Tel                         : 016 - 8193285 (Encik Mejin Maginggow)

-          Messenger             : @sondoton

-          Facebook                : https://www.facebook.com/sondoton

-          Alamat                  : Kg Malangang Baru Kiulu,89257 Tamparuli Sabah

-           Waktu Beroperasi            : Isnin – Ahad -

 

§  PUSAT REKREASI TAGAL KG.POTURIDONG KIULU

Pusat Rekreasi Tagal Kg,Poturidong Kiulu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan bimbingan Jabatan Perikanan Sabah.Hasil daripada sistem Tagal atau Bombon telah berjaya menarik minat pelancong terutamanya pelancong berakit jeram untuk singgah bermain dengan ikan-ikan sungai tersebut.Selain itu,Pusat rekreasi Tagal Kg.Poturidong juga menyediakan kawasan untuk perkhemahan,perkelahan dan rumah rehat untuk para pelancong yang datang berkunjung.Pengunjung yang berminat untuk mengadakan aktiviti santai bolehlah datang berkunjung ke Pusat rekreasi ini dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

1)      Encik Luilis Lopoh

-         Tel              : 01135146760 atau 019 8954641

 

2)      Encik Juara Gindal

-          Tel             : 016-8227347.

 

Kemudahan yang disediakan adalah;

Tempat BBQ

Pondok Rehat

Tandas/Bilik Persalinan

Tempat letak kereta

WiFi (Kampung Tanpa Wayar KTW)

Yuran Masuk:

1. Umur 12 tahun ke-atas : RM5.00

2. Umur 11 tahun ke-bawah : RM2.00

*Makanan ikan : RM2.00/pek

Masa Operasi:   8.00 pagi – 5.00 petang

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.