Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain
          Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu pendekatan yang dibuat oleh kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan dilaksanakan oleh Celcom Berhad di bawah Program Pemberian Sejagat dengan memberi fokus merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya Pi1M ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT.

           Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kampung Malangang Baru Kiulu mula beroperasi  pada 01 April 2013. Lokasinya berada di laluan utama yang menghubungkan Pekan Tamparuli dan Pekan Kecil Kiulu memudahkan pengguna yang tinggal di sekitar mukim Kiulu untuk berkunjung ke Pusat Internet ini.Pi1M Kg.Malangang Baru terletak bersebelahan dengan dewan serbaguna Kg.Malangang Baru dan 300 meter dari Pusat Ko-kurikulum Negeri Sabah. Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kampung Malangang Baru, Kiulu mensasarkan penembusan ICT kepada komuniti sekitar Mukim Kiulu yang melibatkan kanak-kanak berusia 5 tahun, pelajar pra sekolah, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah,pelajar IPT, belia, suri rumah, petani, warga emas, OKU dan sebagainya.

          Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kampung Malangang Baru ini dilengkapi dengan 20 buah komputer, kemudahan internet dan jalur lebar yang mempunyai kelajuan minimum 2 Mbps, alat pencetak dan alat pengimbas, projector LCD untuk tujuan latihan dan juga kemudahan titik capaian untuk rangkaian pautan tanpa wayar (WIFI). Bayaran pendaftaran sebanyak RM5 dikenakan untuk pendaftaran keahlian Pi1M. Pengguna yang telah berdaftar akan menikmati caj bayaran perkhidmatan yang lebih murah termasuklah peluang untuk mengikuti kursus dan latihan ICT secara percuma.


1. Kelas Pembelajaran IT & Komputer 

  • Basic ICT (Introduction to PC/Printer/Windows/Internet/Email)
  • Microsoft Office (Word/Excel/Powerpoint/Publisher)
  • Multimedia (Photo/Video/Animation/Graphic)
  • Website (Blog/Social Media/Website Dev/Open Source CMS)
  • E-Learning (Learning Apps/Tutorial/Quiz/Education Games)
  • E-Commerce (Online Marketing/Entrepreneurship Skills/Online Shop/Online Banking/Mudah/Lelong)
  • Digital Literacy (KDB/Awareness on hardware & Software/Ethics)
  • Soft Skill (Presentations Skill/Public Speaking/Financial Skills/Interview Skill)
  • PC Hardware (PC parts & Component/Repair/Maintenance)
  • Civic Syllabus (Smart Living/Vandalism Awareness/Healthy)
  • 3D Printer (Autocad/Autodesk)

2. Perkhidmatan Lain

  • WIFI
  • Scanning
  • Printing (Black & Colour)
  • Photocopy
  • Laminating
  • Typing
  • ICT Class
  • Training Room Rent

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Malangang Baru sangat mengalu-alukan kunjungan dan penyertaan semua komuniti di sekitar kawasan Kiulu dan Tamparuli untuk datang menggunakan perkhidmatan yang disediakan serta menyertai pelbagai program yang dianjurkan.

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan