Program kacau Bubur Asyura bersama KAF

05 November 2016 | Berita Terkini

Pada 3 November 2016 Pusat Internet 1 malaysia Felda Mata Air telah menerima jemputan untuk turut sama menjayakan program kacau bubur asyura peringkat komuniti anjuran Bersama Felda serta persatuan Kami Anak Felda @ dikenali sebagai KAF . Program ini mendapat sambutan yang baik daripada warga setempat yang turut menjayakan program ini . Bersempena program ini pihak PI1M Felda Mata Air telah mengambil kesempatan untuk membuat promosi berkaitan aktiviti program serta latihan yang  dibuat di PI1M . 

Selain  itu melaui program ini pihak pengurusan dapat mendekati masyarakat dan mengetahui kehendak masyarakat  apakah aktiviti dan program yang diperlukan dalam mebangunkan sosio ekonomi komuniti  

Antara yang hadir pada hari itu ialah pihak pengurusan  Felda seperti Encik Nazri sebagai exco komuniti  , Ketua KAF iaitu  Encik Roslan Ismail , Pengerusi Majlis Belia Felda Mata Air dan pengurusan GPW. 

                                                                             

   

Melalui perbincangan santai dengan pengurusan Felda , KAF  dan komuniti untuk aktiviti bagi tahun 2017 antaranya ialah mereka inginkan latihan serta program berkaitan ilmu keusahawanan serta  mereka ingin pihak pi1m membantu didalam perkara berkaitan pendidikan  anak- anak mereka . Melalui perjumpaan seperti sekurang - kurangnya dapat menentukan halatuju pi1m bagi tahun 2017 .

Selesai saja proses mengacau bubur  aktiviti seterusnya ialah membungkus dan diedarkan kepada penduduk sekitar Felda Mata Air .

Dengan berakhirnya program sperti harapan pihak PI1M masyarakat lebih memahami peranan pusat internet dalam memajukan sosio ekonomi setempat .