Bengkel Mykif @ Pi1M Batas Lintang

10 November 2016 | Berita Terkini

Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Batas Lintang Simpang 4 telah berlangsung bengkel My Kif fasa 4 anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia  ( SKMM) . Bengkel ini telah melibatkan seramai 45 peserta yang terdiri daripada berbagai lapisan umur . Pi1m Felda Mata Air dan Pi1M Felda Chuping telah diberi kuota peserta seramai 10 orang sebagai wakil . 

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah wakil MCMC iaitu Ketua MCMC Wilayah Alor Star Iaitu Encik faizal , dan pengurus PI1M Celcom dan Maxis . Mykif adalah salah satu inisiatif didalam Smart Community dimana peserta perlu menghasilkan video berkaitan tempat menarik , resepi dan gaya hidup masa kini . Antara pendedahan yang diberikan kepada peserta bengkel ialah teknik shot video yang betul , langkah -langkah untuk merangka  dalam penghasilan , editing menggunakan software mudah dan gadjet yang sesuai untuk kualiti video yang cantik . 

              

Pengajar yang didatangkan daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA) telah memberikan tunjuk ajar bermula dari peringkat awal sehingga peringkat akhir penghasilan video . Selesai aktiviti perkongsian peserta dibhagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu menghasilkan video MYKIF berdasarkan ilmu yang ditimba pada bengkel MYKIF ini .

                                 

    Peserta yang terdiri daripada berbagai lapisan banyak memilih tema mengenai tempat menarik dan tips gaya hidup untuk diketengahkan didalam penghasilan video . Keputusan penghasilan video sangat memuaskan hati kerana majoriti peserta faham teknik - teknik yang diajar kepada mereka . 

Diharapkan dengan adanya program seperti ini inspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat bijaksana didalam teknologi dapat dicapai menjelang tahun 2020 .