Advokasi @ SK Sri Islam 2 Felda Mata Air

17 November 2016 | Berita Terkini

15 November 2016 - Sempena minggu terakhir persekolahan pihak PI1M Felda Mata Air dengan kerjajasama PI1M Kluster Utara Perlis dengan jayanya telah menganjurkan program advokasi bertempat di Sekolah Rendah Sri Islam 2 Felda Mata Air . Aktiviti advokasi ini melibatkan pelajar seramai 69 orang pelajar tahun 3, 4, dan 5 .Advokasi yang diadakan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang bahaya internet jika digunakan kearah yang tidak wajar . Selain itu turut diselitkan aktiviti penggunaan ict dalam membantu pelajar memahami kepentingan ict dalam membantu pembelajaran mereka . 

Slot pertama aktiviti dimulakan dengan taklimat kesedaran Klik Dengan Bijak dimana penekanan mengenai buli siber , penipuan internet , kes pedofilia dan kes viral palsu masakini . Selesai taklimat mereka dibahagikan kepada kumpulan dan perlu menghasilkan slaid mengenai tajuk seperti buli siber , e tanggungjawab , scammer dan lain dalam memberi kefahaman serta membantu mereka memahirkan diri dengan penggunanaan ict . 

                

                                            Sesi Taklimat Klik Dengan Bijak Bersama Puan Zakiah Rejab  pengurus PI1M Felda Felda Chuping 

Untuk aktivit kumpulan mereka dibahagikan kepada tujuh kumpulan dimana mereka diberikan tajuk tersendiri dan perlu dikupas isu tersebut dan dimuat kedalam slaid powerpoint .Tiga kumpulan terbaik telah diberikan hadiah dimana kriteria dipilih berdasarkan disiplin , kerjasama dan slaid tercantik . Selain itu persembahan sewaktu pembentangan juga dikira . Tujuan diadakan aktiviti pembentangan bertujuan mewujudkan keyakinan kepada pelajar cara penyampaian yang betul . 

        

                        

Semoga melalui kerjasama antara pihak sekolah ini dapat diteruskan dalam membentuk sahsiah diri yang baik dikalangan pelajar .