Kisah Celik Ict - Siti Hajar Binti Aziz

18 November 2016 | Berita Terkini

                                                                                                             

Siti Hajar Aziz baru sahaja berumur 8 tahun tetapi kerana kerajinan beliau boleh dikategorikan pelajar yang celik ict . Sebelum ini boleh  dikatakan adik Hajar langsung tidak pernah berpeluang menggunakan komputer. Ini kerana ketiadaan peralatan lengkap ict di rumah nya . Tetapi dengan inisiatif daripada ibunya yang sanggup menghantar adik siti hajar untuk turut serta didalam program serta aktiviti Pi1M Felda Mata Air maka bermulalah episod baru didalam pengenalan ilmu ict  kepada adik Siti Hajar . 

Pada peringkat awal penggunaan komputer adik Siti Hajar hanya didedahkan dengan penggunaan minimum seperti cara menaip pengenalan perkakasan dan sebagainya . Tetapi setelah kira - kira tujuh bulan mengikuti latihan intensif beliau mampu menggunakan internet sebagai bahan bantuan pelajaran . Aktiviti terbaru beliau untuk penggunaan ict ialah beliau telah memanfaatkan ict untuk mencari lagu nasyid untuk kumpulan beliau untuk pertandingan antara  pelajar KAFA . 

                                               

 

Selain turut serta dalam kelas beliau juga selalu mneyertai program yang didakan di PI1M .Sifat adik Hajar yang rajin juga menjadikan beliau disenangi sahabat beliau di PI1M Felda Mata air . Setiap kali selepas persekolahan adik Hajar akan memnafaatkan penggunaan internet untuk kegunaan pembelajaran . Laman web yang sering dilayari beliau ialah weebly interactives dimana dari laman tersebut beliau dapat memanfaatkan permainan berasaskan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran matematik dan bhasa inggeris . 

Harapan pihak PI1M Felda mata ialah semoga selepas ini adik  Hajar lebih berdayamaju didalam alam persekolahan dan mendapat keputusan terbaik didalam peperiksaan .