Kisah Kejayaan Usahawan Kraf dan Sulaman (SSQ4)

18 November 2016 | Kisah Kejayaan

Norziah Bt Saad atau dikenali dengan nama timangan beliau kakcik Norzie adalah seorang usahawan kraf yang kreatif dan inovatif . Beliau bermula dengan perniagaan mencipta barangan hantaran tetapi kini dengan kerajinan beliau menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan oleh KEMAS , Amanah Ikhtiar beliau mampu mempelbagaikan produk seperti barangan kraf  dan jahitan . Dengan bakat seni halus beliau mampu menghasilkan setiap kemahiran yang beliau pelajari sewaktu mengikuti kursus dan bengkel . Memanfaatkan penggunaan facebook sebagai medium pemasaran adalah kelebihan Kak Cik Norzi . Setiap hasil seni halus beliau akan dipastikan diupload ke facebook untuk menarik pelanggannya . Dengan dorongan daripada petugas PI1M beliau mula menceburi cabang perniagaan baru iaitu seni sulaman . 

          

                                                             Internet sebagai medium mencari idea dan pemasaran 

Beliau sering menggunakan kemudahan internet di Pi1M untuk mendapatkan idea produk beliau . Pihak Pi1M memperkenalkan elemen youtube sebagai lubuk idea untuk penghasilan kraf dan jahitan yang lebih menarik dan terkini . Selain itu beliau juga menggunakan kemudahan KTW untuk mengakses dan membuat promosi didalam fb beliau . 

     

                                                   Hasil seni halus inspirasi dari tutorial internet 

Selain itu Kak Cik Norzi juga sering bertanya kaedah pemasaran yang sesuai untuk memasarkan produk beliau . Jika sebelum ini beliau hanya bergantung kepada produk kraf tetapi kini dia rancak mengambil tempahan untuk menghasilkan sulaman pada baju kurung moden . Ramai pelanggan berpuashati dengan hasil kerja tangan beliau . 

Harapan pihak Pi1M Felda Mata Air Kak Cik Norzi akan lebih cemerlang dalam memasarkan produk beliau .