Kisah Kejayaan perniagaan Wan Azwa Usahawan tudung

19 November 2016 | Kisah Kejayaan

 

Wan Azwa adalah seorang ibu yang sibuk menguruskan urusan rumahtangga tetapi pada masa yang sama beliau adalah seorang usahawan tudung yang aktif mempromosikan perniagaannya didalam laman facebook . Mengoptimumkan penggunaan internet KTW berhampiran rumahnya untuk mempromosikan tudung jualannya didalam group facebook dan sebagainya . Wan Azwa juga sering datang ke PI1M Felda Mata Air untuk mendapatkan pandangan mengenai kaedah memjukan perniagaan beliau . Selain memiliki perniagaan tudung beliau tutut mengusahakan perniagaan kedai makanan untuk binatang peliharaan .

                                                                       https://www.facebook.com/wanazwa.mdisa  

Walaupun terkekang dengan waktu terhad Puan Azwa sering hadir ke PI1M untuk meminta nasihat berkaitan dana atau pembiayaan terkini untuk memperkembangkan perniagaan beliau . Pada mas ini beliau sedang cuba mendapatkan dana perniagaan SME bank dengan bantuan daripada pihak Pi1M Felda Mata Air . Antara bantuan daripada pihak pi1m ialah cara penghasilan kertas kerja yang betul , cara pasaran terkini dan cara membina dokumentasi perniagaan yang lengkap . 

    

PRODUK LAIN JUALAN WAN AZWA 

Harapan daripada pihak PI1M PuaN Wan Azwa akan terus berjaya dan mampu mengembangkan sayap perniagaan beliau sehingga kearas paling tinggi  .