Jejak Usahawan - Nasi Ayam

19 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                          :       MARLIYANA BINTI ROMELI

Umur                          :          42 Tahun

Pekerjaan                    :         Pemilik perniagaan Nasi ayam Kaw Mak

Lokasi perniagaan  : Gerai berhadapan Taman Agro Burung Unta Padang Besar Perlis 

Jika anda berkunjung ke padang besar maka tidak lengkap jika anda tidak mencuba nasi ayam kaw mak jualan Puan marliyana. Puan  marliyan mempunyai resepi tersendiri untuk menambat selera pembeli nasi ayam beliau . Perniagaan beliau beroperasi berhadapan Taman Agro burung Unta danmula menjalankan jualan seawal pukul 3 petang . Apa yang menarik minat pembeli ialah nasi yang dipenuhi rasa rempah dan ayam yang digoreng panas serta sos buatan sendiri yang lain dari lain .

Lokasi yang strategik iaitu berhadapan taman burung unta turut membantu menaikkan jualan nasi ayam kak marliyana .Antara makanan lain turut dijual ialah cendol dan air minuman lain . Selain itu tarikan nasi ayam ini ialah harga yang berpatutan dan keenakan ayam yang masih panas digoreng .

                                                    

                         

Kepada pengunjung yang ke padang besar tidaklah lengkap percutian anda jika tidak merasai keenakan nasi ayam kaw mak jualan kak marliyana .