Santai Ict 3 @ Pi1M Felda Mata Air

29 December 2016 | Berita Terkini

Pada 22 Disember sehingga 24 Disember telah berlangsung aktiviti santai ict yang melibatkan pelajar sekitar komuniti Felda mata Air . Aktiviti yang berlangsung secara santai ini bertujuan mengisi masa lapang pelajar sewaktu cuti persekolahan kali ini . Aktiviti kali ini menerapkan penggunaan ict untuk kemudahan pembelajaran . Antara aktiviti menarik ialah kelas microsoft office office , penggunaan internet dan penerapan nilai baik Klik Dengan Bijak .

Program  bermula dengan kelas ict microsoft office word  dimana pealajar diberikan tugasan untuk disiapkan . Untuk pelajar tahun satu hingga tiga mereka diberi pendedahan mengenai laman sesawang e learning . Ini bertujuan memantapkan penguasaan subjek matematik . Majoriti peserta dikategorikan hanya bermain internet untuk keseronokan semata-mata dan tidak mengetahui bahawa internet juga boleh dijadikan medium pembelajaran .

    

                                                                                 E learning bersam pelajar tahun 1-3 

Bagi menambahkan tarikan pembelajaran permainan kuiz kenegaraan turut diadakan untuk memahirkan penggunaan internet . Pelajar terlibat diberikan soalan kenegaraan dan perlu mencari jawapan dari internet . Dengan ini sekurangnya dapat menambah pengetahuan am mengenai negara dan memupuk kecintaan kepada Malaysia . 

       

                                                                                                              Permainan kuiz kenegaraan

Semoga melalui program seperti ini dapatlah membantu pelajar menambahkan pengetahuan ict dan mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak bermoral .