Kempen e learning Disember 2016

29 December 2016 | Berita Terkini

Bermula dari 1 Disember sehingga 31 Disember pi1m Felda Mata Air telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen e learning kepada pelajar yang hadir ke pi1m . Tujuan utama kempen ini diadakan bertujuan untuk mengubah persepsi pelajar internet bukanlah hanya medium untuk berseronok . Antara pendekatan untuk memberi menggalakkan mereka belajar ialah dengan memperkenalkan laman web permainan yang mampu meningkatkan kemahiran mereka didalam subjek matematik , english dan sains . Selain itu mereka juga belajar menggunakan internet untuk menyelesaikan soalan yang diambil dari internet .  

Antara laman sesawang yang diperkenalkan ialah http://interactivesites.weebly.com/ ,bank soalan (http://www.mykssr.com/) dimana pelajar boleh memuat turun koleksi soalan berdasarkan silibus terkini. 

                                                                                              Antara sesi pembelajaran e learning yang diadakan 

 Sasaran untuk kempen kali ini ialah pelajar tahun rendah yang majoritinya masih menggunakan internet untuk melihat youtube dan dan permainan online yang merugikan masa mereka . Walau bagaimanapun pelajar sekolah menengah turut sama menjayakan kempen e learning pada cuti sekolah kali ini . 

  

Melalui pemerhatian sewaktu kempen berjalan antara yang dapat disimpulkan ialah kebanyakan pelajar masih kurang kesedaran untuk menggunakan internet sebagai bantuan pembelajaran . Bermula daripada penyertaan kempen e learning ini semua pelajar yang terlibat akan dijadikan perintis untuk kelas - kelas ict  untuk tahun 2017 . Pihak Pi1M akan membantu mereka melalui kelas ict yang akan berlangsung pada 2017 dan program yang sudah dirancang . 

Diharapkan dengan tamatnya kempen ini sekurangnya dapat membuka mata pelajar betapa pentingnya penggunaan internet sebagai medium pembelajaran abad 21 .