Mengenai Pusat Internet

Pusat Internet Felda Mata Air (PI) mula dibuka secara rasmi pada 3 Mei 2010. memberi kemudahan capaian internet kelajuan tinggi kepada komuniti setempat dimana terdapat 20 buah PC untuk kemudahan mengakses internet dan pembelajaran ICT. . Waktu Operasi Pusat Internet ini tujuh hari seminggu bermula 9.00 Pagi sehingga 6.00 petang.

Tarikh Beroperasi :

3 Mei 2010

 

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC) telah di tukar namanya kepada Pusat Internet (PI) dan ianya merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif  Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama oleh pihak Celcom Axiata Berhad dan NuSuara Technologies Sdn Bhd. Pelancaran projek ini merupakan satu pendekatan yang memberi fokus utama amnya untuk komuniti dalam merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT khususnya untuk penduduk Felda Mata Air. 


Waktu Operasi :  

Hari     :  Setiap hari kecuali Cuti Umum

Waktu :  9.00 pagi hingga 6.00 petang

Rehat  : 1.00 petang hingga 2.00 petang 

 

 

Antara perkhidmatan yang disediakan di PI1M ialah:

v   Kelas Latihan Asas Komputer (diberikan PERCUMA kepada ahli)(Terbuka Untuk Semua Peringkat Usia)

v   Perkhidmatan penggunaan komputer dan capaian internet

v   Printing, photostat, scanning & laminating

v   Upah menaip

v   Burn CD/DVD

v   Servis computer dan jualan aksesori

v   

 

 

Objektif PI1M

Merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat & komuniti setempat.

Membantu, mendidik dan memberi  kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mempelajari teknologi  maklumat  & asas penggunaan komputer dan  aplikasi.

 

Pusat Internet  Dilengkapi oleh:

   

 >20 buah komputer berinternet untuk kegunaan pengguna.

 > Ruang Bilik Untuk Kelas dan Latihan Bilik Penggunaan Internet yang selesa yang dilengkapi Hawa-Dingin (Air-Cond).

        > Ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen.

        > Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, projektor dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.

 

      PI Felda Mata Air banyak berkoloborasi dengan agensi kerajaan dan NGO dalam memantapkan sosio ekonomi komuniti setempat . Antara agensi yang bekerjasama bersama Pusat Internet Felda Mata Air ialah  Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS)  , Jabatan Pembangunan Wanita Perlis , NGO Felda seperti Kami Anak Felda dan Majlis Belia Felda  ( MBFM )