Ekonomi dan Keusahawanan



Penorehan getah merupakan adalah penyumbang ekonomi utama penduduk Felda Mata Air .Setiap peneroka memiliki  
ladang seluas 10 hektar  yang dusakan sendiri . 
Sebahagian  penduduk Felda Mata Air mengusahakan penanaman mempelam harum manis secara komersial .
Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis
Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yangenak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.

Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun

Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun.


          http://suktra.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/ar_img/76682image/ddd.jpg


Penanaman rebung madu turut menjadi pendapatan sampingan kepada  penduduk . 

Buluh madu atau nama saintifiknya "Gigantochloa albociliata", merupakan sejenis pokok Buluh

Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia

 adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. 

 

              

Penternakan turut dijadikan sumber utama pendapatan sampingan peneroka . 


Usahawan   

Nama                :          Fiza Ali 

Umur                :           42 tahun

Pekerjaan          :          Pemilik Mata Air Corner - Kedai makanan masakan kampung 

 

Puan Fiza adalah salah seorang anak peneroka Felda mata Air yang aktif melibatkan diri didalam perniagaan jualan  makanan . Beliau memulakan perniagaan bermula tahun 2005 dan masakan beliau menjadi sinonim dengan selera penduduk setempat sejak itu . 

      Beliau pada awalnya mendapat suntikan modal  daripada Amanah Ikhtiar Malaysia yang membantu menyalurkan dana perniagaan kepada Puan Fiza . 

Selain menjual makanan untuk sarapan pagi dan tengahari Puan Fiza turut menjalankan perniagaan secara katering secara kecil kecilan . 

Mata Air Corner terletak bersebelahan jalan utama dan ini menjadikan kedai beliau sebagai tumpuan penduduk untuk membeli makanan dan minuman 

Puan Fiza turut menjalankan jualan burger pada waktu malam . Dengan adanya perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar kebanyakan kenalan facebook beliau membuat pesanan secara talian dan Puan Fiza turut menjalankan perkhidmatan penghantaran kepada penduduk sekitar Felda Mata Air .

 

        Perniagaan beliau bermula dari 7 pg sehingga 3 petang . Jika ingin merasai keenakan masakan kampung dan burger boleh berkunjung ke Mata Air Corner di Felda Mata Air . 

 

http://www.celcom1cbc.com/pim/assets/frontend/images/photo/2016/03/24/1-img20160324100207.jpg 



 Usahawan Tudung Online 

Nama                 :          Wan Azwa Md IsaUmur              

 Umur                 :          35 tahun

Pekerjaan          :          Usahawan Online Tudung  , Pemilik Kedai Binatang peliharaan

Laman Fb          :         https://www.facebook.com/wanazwa.mdisa


 

 http://www.celcom1cbc.com/pim/assets/frontend/images/photo/2016/02/19/wan-azwa.JPG

Akaun Fb Wan Azwa 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.