Komuniti


JKKK

Sebagaimana fungsi asas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang lain, JKKK Felda Mata Air  turut berperanan dalam memastikan kestabilan penduduk dan kemajuan kampung sentiasa terjamin. Pihak JKKK akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan   mengenai   perkembangan   kampung dan merancang aktiviti-aktiviti kampung. Malah, matlamat JKKK adalah untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kampung supaya boleh bersaing dengan penduduk bandar dan berusaha untuk mening- katkan keyakinan diri serta mencuba sesuatu yang baru dan boleh menguntungkan. Pihak JKKK juga berperanan mengatur program-program kecil yang memberikan banyak faedah kepada penduduk dan kepentingan kampung yang melibatkan semua peringkat umur. Selain itu, aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JKKK dengan penduduk kampung adalah kegiatan gotong-royong membersihkan kawasan kampung   unutk   menceriakan   kampung   masing-masing. Sekiranya ada sebarang majlis keramaian, penduduk akan sama-sama menyumbangkan tenaga agar semuanya berjalan dengan lancar.

Majlis Belia Felda Mata Air 

Golongan belia Felda Mata Air  mempunyai pelbagai aktiviti mereka tersendiri. Walaupun ramai di antara belia telah berhijrah ke kawasan bandar untuk melanjutkan pelajaran ataupun bekerja namun bagi belia yang masih tinggal di sini mereka aktif dalam aktiviti berpersatuan. Majlis Belia Felda Mata Air aktif melakukan aktiviti untuk pembangunan sahsiah belia seperti penyertaan di dlam program kemasyarakatan seperti program kacau bubur asyura. 

Gpw 

Tugas seorang wanita sememangnya sinonim dalam hal-hal menguruskan keluarga dan rumah tangga. Namun,  golongan  wanita di  Felda  Mata Air   turut aktif  menceburkan  diri  dengan  aktiviti  yang memberi banyak kemahiran dan faedah kepada mereka. Oleh itu, kewujudan Persatuan Kumpulan WANITA (Gerakan Persatuan Wanita Felda Mata Air ) yang berfungsi sebagai badan pengerak kepada aktiviti di Felda Mata Air . Selain itu, mereka berperanan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup di kalangan warga penerokawati. Persatuan ini juga turut mengadakan aktiviti keagamaan dan kerohanian seperti majlis bacaan Yasin yang diadakan di masjid.  Malah kumpulan wanita ini juga terlibat dengan program-program kampung yang memerlukan kerjasama bagi menjayakan program tersebut. Persatuan ini juga mengadakan aktiviti bulanan peringkat blok dan rancangan seperti mesyuarat blok dan membantu program yang dianjurkan peringkat Felda Mata Air . Mereka juga menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan awam dan blok-blok (kampung).

 


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.