Maklumat Tempatan


Info Felda Mata Air 

Rancangan Felda Mata Air yang terletak dalam daerah Padang Besar Perlis  ini telah dibuka pada tahun 1984 dan juga  telah menjadikan  tanaman getah sebagai komoditi utama.Selain itu ada penduduk yang mengusahakan penanaman mempelam harum manis secara komersial .Kira – kira 8.1 hektar telah ditanam oleh 22 pengusaha yang terdiri daripada peneroka Felda Mata Air . Aktiviti sosio ekonomi lain ialah tanaman rebung madu , perkhidmatan homestay dan pengusahaan membela ikan keli .

Sejarah Nama Felda Mata Air 

Nama Felda Mata Air diambil daripada sebuah lubang besar yang wujud dikaki sebuah bukit yang bernama Bukit Mata Air. Mata air yang wujud ini datang daripada sebuah gua dan ditakung airnya serta dibersihkan oleh Jabatan Bekalan Air Negeri untuk dibekalkan kepada seluruh penduduk tempatan dan persekitarannya. Walaubagaimanapun, pengambilan air dari kawasan ini telah diberhentikan sejak tahun 1992 kerana kawasan ini telah menjadi kawasan larangan yang dikawal sepenuhnya oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kawasan ini tidak boleh dimasuki oleh orang awam, dimana ia terletak didalam kawasan keselamatan yang bersempadan dengan negara Thailand.

Lokasi 

Felda Mata Air terletak di utara Negeri Perlis, kedudukannya bersempadan dengan Negara Thailand. Jarak daripada Felda Mata Air ke Kangar ialah 38 km dan jarak ke Padang Besar ialah 7 km. Mempunyai bilangan peneroka seramai 249 Peneroka dan kapasiti penduduk seramai 1500 orang.

Sejarah Gemilang

Pada tahun 2014 Felda Mata air telah menempa sejarah kerana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung Felda bagi tahun 2013 . Dengan kemenangan ini Felda Mata Air telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak 1 juta .Tema Desa harum Manis yang dibawa memberi tuah dan menjadikan Felda Mata Air sebagai pemenang AKKF 2014.

Politik 

Felda Mata Air terletak dibawah parlimen Padang  Besar yang diterajui oleh  YB. DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN  manakala bagi Dun pula diterajui YB. TUAN KHAW HOCK KONG. 

 






YB. DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN

 Pusat Khidmat Ahli Parlimen Padang Besar 

No. Tel : 04-9387103
No. Faks : 04-9387103/03-40317943
No. HP : 012-2100479
Emel :datukzahidi_zainulabidin@yahoo.com

 



YB  TUAN KHAW HOCK KONG, PJK

Pusat Khidmat Wakil Rakyat

DUN Titi Tinggi,

Gerai No.4, UPD, Kg. Tersusun,

Jalan Padang Besar, 

02100 Padang Besar, Perlis.

Tel : 04-9492998

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.