Pelancongan & Rekreasi




1 . Syurga Membeli Belah 

 Padang Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan. Begitupun, tarikan pengunjung  tentulah kepada kedai–kedai yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar.




2 .Ladang burung Unta Perlis 

Ladang burung unta menawarkan  kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman memberi makanan kepada burung unta. Ladang yang diselia oleh Jabatan Veterinar Perlis ini mempunyai 5 ekor burung unta dibuka 9 pagi sehingga 7 mlm  . Para pengunjung akan dikenakan bayaran Rm3 untuk membeli makanan dan boleh bergambar bersama burung unta tanpa dikenakan sebarang bayaran . 



3. Desa Harum Manis 

Felda Mata Ayer digelar desa harum manis kerana kira -kira 22 peneroka disini menanam tanaman harum manis yang meliputi  kira -kira 8.1 hektar kawsan tanaman . Pada musim tuaian ramai pelancong akan singgah ke Felda Mata Air untuk mendapatkan buah mempelam harum manis sebagai buah tangan untuk dibawa pulang . 

4. Gua Kelam 

Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”) .

Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.