Pendidikan



1.Sekolah Rendah Islam  Sri 2

Lokasi sekolah ini terletak kira-kira 32 kilometer dari bandar Kangar. Mula ditubuhkan pada 6 Januari 1997 atas inisiatif penduduk Felda Mata Air.Guru Besar yang pertama ialah Encik Hamzah bin Jusuh. Asal bangunan sekolah ini adalah bangunan sekolah agama rakyat dengan keluasan 0.5806 hektar.

Pengurusan dan pentadbiran sekolah ini telah diserah kepada Yayasan Islam Perlis dan telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendidikan Perlis.Yayasan Islam Perlis bertanggungjawab menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan . Sekolah ini menitik beratkan pengajiaan Qiraati dan Al-Quran serta Bahasa Arab disamping mata pelajaran akademik yang lain. Masa pembelajaran bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4 petang setiap Isnin hingga Khamis. Manakala, 7.45 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Jumaat.

Di awal pembukaannya sekolah ini telah mempunyai seramai 48 orang murid dan 6 orang tenaga pengajar.bilangan ini semakin bertambah setiap tahun dan pada tahun 2008sekolah ini mempunyai 166 murid yang terdiri dari setiap kelas iaitu tahun 1 hingga tahun 6.

Mulai 1 Januari 2005 ,Sekolah Rendah Islam II telah mendapat status Sekolah Bantuan Modal Kerajaan (SABK).Pihak sekolah juga telah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPN) untuk menyertai aktiviti Kawasan Pelajaran Padang Besar (U). Pihak sekolah mula menerima bantuan modal daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Corak pentadbiran sekolah juga turut berubah dari segi bidang kuasa kewangan dan pentadbiran sekolah lebih kepada corak pentadbiran sekolah-sekolah kerajaan yang lain.

Dengan kelulusan daripada pihak Felda, bangunan baru sekolah dapat dibina. Pada 17 Disember 2007 satu majlis penyerahan bangunan baru dan kantin sekolah diadakan olehJabatan Kerja Raya kepada Jabatan Pelajaran Perlis seterusnya kepada pihakSekolah Rendah Islam II. Bangunan sekolah tersebut mula digunakan pada 01 Januari 2008 untuk bilik darjah dan bilik pentadbiran sekolah.





Sk Felda Mata Air 

Ø  Sebelum pembinaan SKFMA,anak-anak felda bersekolah di SK Padang Besar Utara . Perlis.

Ø  Pada tahun 1986,pihak pengurusan felda mula membina bangunan SKFMA.

Ø  1 Januari 1987,SKFMA mula beroperasi dengan 3 blok bangunan.

Ø  Pada tahun 1988,4 unit rumah guru didirikan melalui gotong-royong.

Ø  April 1989,jalan ke sekolah ditar.

Ø  Pertengahan 1989 bangunan blok D dibina.

Ø  Pada Julai 1989,bekalan elektrik berfungsi sepenuhnya.

Ø  Tahun 1990 telah mendapat bekalan paip air.

Ø  Pada awal tahun 1994,sebuah bangunan 2 tingkat dengan 4 buah bilik darjah didirikan oleh JPN dan JKR.

Ø  Pada tahun 1999,2 bilik darjah diubah suai menjadi dewan.

Ø  Pada tahun 2001 sebuah makmal komputer dibina dan telah siap pada Januari tahun 2002.

Ø  Tahun 2004,2 bilik darjah diubah suai menjadi bilik pra sekolah.

Ø  Pada tahun 2005 bulan Januari,pra sekolah mula beroperasi sepenuhnya.

Ø  April tahun 2009,2 blok bangunan yang terdiri daripada makmal sains,perpustakaan,bilik tayangan,bilik BBM,bilik BOSS,bilik KH,kelas tahun 1,2 dan 3 dirobohkan untuk pembinaan 2 blok bangunan baru.

Ø  Kini bangunan baru telah siap dibina sepenuhnya dan pihak sekolah mula menggunakannya pada Ogos 2012.


Pendidikan Awal Di Felda Mata Air 

https://lh6.googleusercontent.com/-Vv3IEvJAdq8/VvlXSbZHcuI/AAAAAAAAAS8/7Yipn4Dv4pQG39nlVThhRR2R1GsblxH1A/w722-h300-no/12899909_10201404444108460_1817287070_n.jpg


Untuk pendidikan awal kanak -kanak ibu dan bapa menghantar anak- anak mereka ke Pra Sekolah di bawah seliaan 

Sk Sri II ataupun Tadika dibawah seliaan KEMAS . 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.